,
Laman Utama

Perkahwinan Berakhir, Suami Dakwa Dipukul & Britney Spears Simpan Pisau Dalam Bilik Tidur

Maliah Surip
18/08/2023
07:55 MYT
Suami Britney Spears, Sam Asghari akhirnya mengaku mahu mengakhiri perkahwinan yang baru berusia 14 bulan dibina dengan bintang sensasi dunia itu.
Menerusi Instagramnya, Asghari mengatakan: “Selepas enam tahun bercinta dan memberi komitmen, perjalanan kami sudah berakhir.
“Perkara buruk berlaku tapi saya akan mendoakan yang terbaik untuknya.”
Di sebalik pengumuman ringkas itu, TMZ melaporkan sumber memberitahu lelaki berusia 29 tahun tersebut sebenarnya sudah tidak tahan dengan sikap Spears.
Penyanyi itu antaranya didakwa telah menyerang dan memukul suaminya beberapa kali sepanjang mereka bersama.
Pasangan itu dikatakan kerap bergaduh sehingga membabitkan pihak pegawai keselamatan.
Asghari juga mendakwa pernah dibaling dengan barang dan ditumbuk oleh Spears sewaktu sedang tidur, awal tahun ini. Keganasan yang dilakukan menyebabkan dia cedera pada bahagian mata dan kesan lebam di tangan.
Spears juga dakwa sumber tersebut menyimpan pisau di dalam bilik tidur sehingga membuat Asghari ketakutan.
“Dia (Spears) paranoid akan ada orang datang dan cuba melakukan sesuatu yang buruk kepadanya maka dia menyimpan pisau di dalam bilik. Dia menyimpan pisau di serata rumah juga.
“Jadi dia mengatakan perlu pisau demi menjaga keselamatan. Tapi Asghari bimbang dengan adanya pisau di dalam bilik kerana isterinya boleh membaling, membuang atau melakukan perkara di luar kawalan biarpun pada isu yang kecil,” dakwa sumber tersebut.
Meski demikian dakwaan tersebut belum mendapat respons daripada pihak Spears.
Spekulasi pergolakan rumah tangga pasangan tersebut sudah mula dihidu sejak Mac lalu. Laporan itu dinafikan pihak Asghari.
Penyanyi lagu Toxic itu bertemu Asghari pada tahun 2016 sewaktu lelaki tersebut terbabit dalam muzik videonya, Slumber Party.
Mereka berkahwin pada Jun 2020 dalam sebuah majlis yang hanya duhadiri sekitar 60 tetamy termasuk Drew Barrymore, Madonna, Paris Hilton dan Selena Gomez.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.