,
Laman Utama

Perfect! Anna Jobling Duta Jamu Mutyara, Tya Arifin; "Dia Simbol Wanita Perlukan Energy Booster"

Amri Hassan
04/08/2022
10:05 MYT
"Anna Jobling ialah simbol wanita yang melakukan banyak aktiviti harian," demikian kata pengasan produk jamu Mutyara yang juga penyanyi dan pelakon, Tya Arifin apabila memilih pelakon Anna Jobling sebagai duta produk itu yang diumumkan semalam.
Tya, 28, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari berkata, pemilihan pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu tepat selain mewakili wanita bekerjaya.
"Sekarang ini saya nampak Anna seperti saya sewaktu di Indonesia dulu. Dia bekerja dari pagi hingga ke pagi esoknya dan memerlukan banyak tenaga.
"Sebab itulah saya pilih dia dan Anna akan mewakilkan seorang wanita yang bekerjaya dalam masa sama dia memerlukan tenaga.
"Kerana kalau Anna atau orang lain di luar sana itu tak ada tenaga, mereka tak akan boleh sampaikan dengan baik apa saja kerja yang dibuat.
"Anna adalah wanita dan figura tepat untuk menjadi duta baru Mutyara kerana dia mencerminkan seorang wanita yang mempunyai banyak aktiviti dan memerlukan 'energy booster' atau tenaga tambahan harian iaitu Jamu Mutyara," katanya.

Anna Jobling buktikan jamu tak pahit

Dalam masa sama, Tya yang juga isteri kepada usahawan terkenal Asyraf Khalid menyifatkan Anna seorang yang mudah bekerjasama.
"Anna juga wanita yang akan melebarkan khasiat jamu ini dan membuktikan bahawa ia tidak pahit. Untuk wanita di luar sana yang mungkin takut nak minum jamu.
"Anna sudah buktikan yang ia tidak pahit. Jadi orang akan lebih percaya jamu ini tak pahit seperti yang orang dakwa sebelum ini.
"Anna juga wanita yang bekerja keras dan senang nak bekerjasama. Itu antara sebab saya pilih Anna. Diharapkan juga dengan pelantikan Anna yang sekian lama kita tak ada duta, kami harap boleh melebarkan lagi kesan pengambilan jamu ini.
"Kita ingin membantu wanita yang lemah, letih dan lesu supaya mereka boleh dapatkan tenaga tambahan," katanya.

Jamu beri banyak khasiat

Sementara itu, Anna, 22, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berbangga menjadi sebahagian keluarga baru jamu Mutyara.
"Selama lima tahun jamu Mutyara sudah membantu wanita mendapatkan tenaga lebih setiap hari dan juga membantu dari segi dalaman.
"Dengan formulasi baru jamu ini, sudah pasti akan memberikan lebih banyak khasiat kepada kita. la bebas gula, lebih sihat dan bertenaga," katanya.
Jangan lupa dapatkan Combo Melur untuk bulan ini di laman web www.mutyara.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.