,
Laman Utama

Perdana Menteri Anwar Ibrahim Undang Ahmad Dhani Sambut Majlis Maulidur Rasul

Maliah Surip
28/09/2023
15:42 MYT
Pengasas dan vokalis kumpulan terkenal Indonesia, Ahmad Dhani bakal melakukan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, esok.
Pertemuan tersebut akan menjadi perjumpaan kali kedua buat Dhani, 51, bersama Anwar. Dhani sebelum ini berpeluang bertemu Anwar sewaktu kunjungan beliau sempena Temu Anwar yang berlangsung di Jakarta pada awal bulan ini.
“Esok sekitar pukul 5 petang Dhani akan bertemu PM Anwar Ibrahim di PMO kerana ada sambutan Maulidur Rasul.
“Insya Allah, PM juga akan datang ke konsert DEWA19 : A Night at The Orchestra - Chapter 5 (Live in Malaysia) pada sebelah malam.
“Sebenarnya, PM mahu jumpa Dhani dan Dhani juga mahu jumpa Anwar. Memang mereka sudah berjumpa di Jakarta tapi selaku tuan rumah kali ini, beliau mahu bertemu di sini,” ujar penganjur konsert, Iman Tang dari Icon Entertainment sewaktu sidang media yang diadakan di Axiata Arena, malam tadi.
Dhani sewaktu ditanya mengenai harapan terhadap pimpinan perdana menteri ke-10 tersebut mengharapkan Anwar mampu membuat sebuah perubahan yang besar.
“Harapan saya Anwar mampu membuat sebuah perubahan besar dan mewujudkan harapan daripada rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau malah secara berseloroh mengatakan oleh kerana persamaan mereka yang pernah dipenjara, dirinya berharap Anwar mampu mencipta sejarah.
“Kerana PM Anwar pernah masuk penjara, saya juga pernah (penjara). Bezanya hanya beliau 11 tahun dan saya 11 bulan. Dan saya berharap RM Anwar mampu menjadi perdana menteri yang paling bagus dalam sejarah di Malaysia,” katanya.
Dhani bersama anggota Dewa 19 berada di Malaysia sempena konsert DEWA19 : A Night at The Orchestra - Chapter 5 (Live in Malaysia) yang berlangsung malam ini.
Ini merupakan konsert pertama dengan format orkestra yang dibawakan oleh Dewa 19 bersama 54 pemuzik orkestra penuh dari Malaysia. Ia bakal dipimpin oleh Konduktor Muzik dari Indonesia, Guntur Nur Puspito.
Dewa 19 yang turut menjemput Shila Amzah, Amir Masdi dan Jaclyn Victor sebagai penyanyi undangan dijangka membawakan 34 buah lagu yang disifatkan sesuai dengan alunan orkestra.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.