,
Laman Utama

Perdana Kenalkan Wajah Anak Perempuan & Dress Up Macam Pengantin, Nad Zainal: "Panggil Saja Som"

Maliah Surip
14/05/2021
05:50 MYT
Sejak melahirkan anak keduanya yang merupakan seorang perempuan pada April lalu, Nad Zainal belum memperlihatkan wajah anaknya kepada umum.
Sebaliknya, aktres berkaliber ini hanya mengumumkan selamat melahirkan seorang puteri setelah lebih empat tahun menjadi ibu buat anak lelakinya yang mesra dipanggil Yem.
Namun bersempena dengan sambutan Syawal, Nad Zainal akhirnya memperkenalkan wajah bayi perempuan yang diberi nama cukup klasik, Budi Kalsom.
Dalam beberapa keping foto yang dimuat naik, Nad sekeluarga menggayakan busana raya berwarna hijau empat sekeluarga.
Dalam kemas kini terbaharu, Nad memperlihatkan Budi Kalsom sedang baring di atas tilam, juga menggayakan pakaian berwarna hijau.
"Salam 1 Syawal. Assalamualaikum, ini Budi Kalsom, panggil saja Som," tulis Nad.
Secara berseloroh, Nad Zainal juga mengatakan oleh kerana sudah lama menanti kelahiran cahayamata perempuan, dirinya tidak sabar untuk memakaikan Som dengan pakaian seperti 'pengantin' walaupun usianya baru mencecah satu bulan.
"Sebab mak kita 4 tahun hadap anak lelaki , so dapat anak girl baru sebulan dia dah dressupkan kita macam pengantin," tulisnya.
Malah Nad Zainal juga memuat naik kapsyen yang menjelaskan bukan mudah bagi ibu dan bapa dengan anak kecil berusaha mendapatkan sekeping foto sempurna untuk potret Aidilfitri.
"Di sebalik gambar bahagia , kena selit drama menangis dulu.. dah kali ke 1782992 baru dapat gambar yang sempurna.
Selamat berusaha mak dan pak semua," tulisnya.
Sementara itu penampilan Nad Zainal yang kembali langsing hanya sebulan selepas melahirkan anak keduanya turut menerima pujian daripada pengikut di Instagramnya.
Instagram: @nad.zainal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
Hiburan

Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”

gempak
19/06/2024
05:25 MYT
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang mengelirukan mengenai berpuasa di hari Tasyrik.
Berita

Hasrat Balik Raya Tak Kesampaian, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Rehat Tepi Jalan

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Seorang lelaki tidak sempat pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam, Gua Musang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha apabila maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dengan motosikal di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta pada Ahad.
Berita

Di Indonesia, Ada Yang Sudah Raya & Solat Aidiladha Hari Ini

gempak
16/06/2024
04:47 MYT
Pemerintah Indonesia sebelum ini memutuskan Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah 1445 H atau pada Isnin, 17 Jun 2024 (esok).
Berita

Ambang Hari Raya Aidiladha, Ini Jangkaan Jumlah Kenderaan Guna Lebuh Raya Utama!

gempak
15/06/2024
12:55 MYT
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT2 meningkat sehingga 2.52 juta sempena perayaan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini.