,
Laman Utama

Percaya Rezeki Tak Akan Kurang, Zara Zya Lakukan Inisiatif & Sokong Kempen #BenderaPutih

Faizal Saharuni
05/07/2021
07:22 MYT
Pelakon popular, Zara Zya menerusi hantaran di Instagram semalam turut menyokong kempen menaikkan #BenderaPutih di kediaman sebagai simbolik memohon bantuan demi kelangsungan hidup akibat terkesan pandemik Covid-19.
Dilihat memuat naik gambar berpakaian serba putih sambil memegang bendera putih, Zara mengingatkan agar golongan yang memerlukan ini tidak perlu berasa malu atau merayu untuk meminta pertolongan daripada orang ramai.
“Kalau ternampak #BenderaPutih, tolong hulurkan bantuan. Manisnya bila rezeki dapat dikongsi. “Saya berdiri untuk Solidariti 100% menyokong kempen #BenderaPutih ini, jangan biarkan kesusahan, tangisan, kesedihan berterusan.
“Tolonglah, jangan politikkan, ini kempen rakyat untuk rakyat!”
Waktu sama, Zara turut memberi pesanan kepada warganet agar hantaran itu dapat dikongsi sekali gus disebarkan sebagai tanda sokongan.
Sementara itu, Pengasas Pertubuhan Malaysia Prihatin, Zara turut meluah keinginan bagi membantu mereka yang berada dalam kesukaran hidup dengan menyumbang makanan.
“Saya sentiasa percaya tidak berkurang rezeki apabila dapat menolong orang lain. Saya sedang merencana sesuatu untuk menjayakan kempen #BenderaPutih ini. Nantikan!” katanya ketika dihubungi Gempak.
Seminggu lalu, tular mengenai #BenderaPutih selepas warganet bersepakat menggunakan platfrom media sosial sebagai solidariti menolong pihak memerlukan melalui kempen tanda pagar #RakyatJagaRakyat dengan mengibarkan bendera putih di kediaman jika tiada makanan.
Instagram: @zarazya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.