,
Laman Utama

“Percaya Mimpi, Percaya Proses..” - Shahrol Imbau Memori Berhenti Kerja Kerajaan, Titip Pesan Buat Namie

Azwa Rahman
25/09/2022
07:34 MYT
Keputusan TikToker dan juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS), Namie dari kumpulan UBI meletakkan jawatannya sebagai guru untuk meneruskan impian bergelar anak seni mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya.
Salah seorang yang terbuka bagi membahaskan perkara tersebut adalah pelawak kumpulan Shiro, Shahrol.
Menurut Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 38, dia terimbau memori melepaskan kerjayanya ketika bergelar seorang penjawat awam selepas melihat berita mengenai keputusan Namie.
Difahamkan Shahrol yang sebelum ini bergelar seorang pegawai di Jabatan Imigresen meletakkan jawatannya sekitar tahun 2013.
Jelasnya, dia pernah berdepan dengan situasi yang sama dengan Namie iaitu terpaksa memilih di antara kerjaya dan minat.
“Sedang membaca artikel mengenai pendatang baru dalam industri komedi saudara Namie @namiesmy dari kumpulan UBI yang baru menjuarai MLS3 semalam.
“Tiba-tiba terlihat gambar lama di tepi meja sewaktu saya berkhidmat sebagai penjawat awam suatu ketika dahulu.
“Jalan yang sama dan saya telah sampai ke persimpangan itu dahulu. Antara kerjaya yang menjamin masa depan atau minat yang mungkin menjadi kerjaya tetapi tidak menjamin masa depan,” tulisnya.
Menerusi laman sosial Instagram, Shahrol meluahkan catatan berbentuk pesanan itu untuk tatapan umum.
Katanya lagi, apa pun keputusan yang diambil, ia tidak mudah dan mestilah datang daripada diri sendiri meskipun ada halangan.
“Bukan mudah berada di persimpangan tersebut, ada suara yang menyokong dan ada yang membantah tetapi stereng itu ditangan kamu. Boleh kamu terus, belok ke kiri, ke kanan atau patah balik ke belakang.
“Bak kata sahabat saya, setiap orang pasti punya mimpi dan cita-cita. Sekuat apa pun kita cuba bunuh mimpi dan cita-cita kita, ianya tidak akan mati tetapi akan bangkit di usia tua dalam bentuk penyesalan,” ujarnya lagi.
Turut mendoakan kejayaan Namie, Shahrol tidak lupa untuk memberikan kata-kata semangat buat pendatang baharu industri seni negara itu.
Berharap Namie akan terus sukses, Shahrol turut berpesan restu ibu bapa adalah segala-galanya.
“Hidup ini tak lama, biar sampai kita menutup mata pastikan tidak ada apa yg kita sesalkan. Do what we love and Love what we do.
“Saya doakan beliau terus berjaya dalam apa jua yg ingin beliau kerjakan. Yang paling utama restu kedua ibu bapa dan jangan sesekali lupa pada yg maha esa. ‘Percaya Diri, Percaya Mimpi dan percaya Proses’,” pesannya lagi.
Pada Jumaat, Namie mengumumkan dirinya telahberhenti menjadi guru muzik dia sebuah sekolah kerajaan di Negeri Sembilan pada Mac lalu.
Namie bersama Syarif dan Fad mewakili kumpulan UBI telah dinobatkan selaku juara Muzikal Lawak Superstar 3 dengan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM150,00 beserta trofi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.
Hiburan

Shahrol Shiro Lucu, Tersalah Hantar Anak Ke Sekolah - “Iqi Dah Siap Masuk Kelas Tapi Dia Pelik Padang Tak Sama”

gempak
14/03/2024
03:25 MYT
Selalu ragam anak kan, kali ni bapa pula.
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Namie Tak Sangka Maskot Mat Helang Dinobatkan Naib Juara - “Saya Bukan Penyanyi, Saya Pelawak”

gempak
20/02/2024
04:55 MYT
Namie tak sangka dapat jadi naib juara
Viral

“Sebenarnya Saya Pengsan Sebab…” – Namie Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Pengsan Di Atas Pentas Ubi Superstar Live

gempak
02/02/2024
11:48 MYT
Ini yang berlaku pada Namie sebenarnya.
Laman Utama

Namie SMY Masih ‘Bersih’ Daripada Kontroversi - “Mana-Mana Kita Pergi Mesti Ada Orang Yang Jealous Tapi…”

gempak
19/02/2023
08:50 MYT
Kekalkan bersih!