,
Berita

Perasaan Tonton Hantu Kak Limah Sama Seperti Pendekar Bujang Lapok!

Elrafaei Sapi
01/08/2018
12:07 MYT
Ramai peminat teruja menantikan filem terbaru, Hantu Kak Limah di pawagam termasuk pengarah filem terkenal, Aziz M Osman menyifatkan menonton filem arahan Mamat Khalid itu seperti mendengar lagu Saloma menjelang Aidilfitri.
Ujarnya, dia ketawa sepanjang menyaksikan filem tersebut yang dinilai bukan saja kelakar tapi elemen Melayu yang cukup kuat.
"Saya ketawa sepanjang filem #hantukaklimah bukan setakat kelakarnya, tapi sebab ‘Melayu’nya. Perasaan yang sama saya tengok Pendekar Bujang Lapok. Inilah filem Melayu!," katanya menerusi status di Twitter, @AzizMOsman. Perasaan sama dikongsi penyanyi terkenal, Mawi yang turut hadir menonton filem ini ketika majlis tayangan perdana filem tersebut semalam menyatakan dia tidak menyangka sekuel kali ini lebih kelakar daripada filem sebelumnya.
"Filem komedi Melayu yang aku rasa paling kelakar adalah filem Senario Lagi. Lepas tu aku tunggu filem komedi apa yang boleh buat aku ketawa sampai ke hari ini.
"Akhirnya...filem Hantu Kak Limah berjaya buat aku ketawa woiii.... Serious kelakar!!! Nampak bersahaja. Tahniah bang @khalidmamat & semua yang terlibat," katanya menerusi Instagram, @cahayaasmawi.
Penyampai radio Zayan ini mengakui dia pada mulanya dijemput hadir ke majlis itu tidak berhasrat untuk menonton keseluruhan cerita tersebut tetapi sebaik menontonnya, dia teruja untuk menyaksikannya sehingga habis.
"Ingatkan nak tengok setengah jam tapi bila dah tengok, memang rasa kelakar sehingga nak tengok sampai habis," katanya kepada Astro Gempak.
Filem sekuel kali ini masih menampilkan pelakon utama, Delimawati dibantu Datuk Awie, Erra Fazira, Zul Ariffin dan Ropi Cecupak akan ditayangkan pada 9 Ogos ini.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @khalidmamat
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Tentang Kisah Suami Yang Kuat & Taat Jaga Isteri" - The Voltage Lancar Lagu Rock 'Aku Lelaki'

gempak
17/08/2024
13:41 MYT
Kumpulan rock, The Voltage tampil dengan single bergenre rock berjudul ‘Aku Lelaki’.
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”

gempak
15/07/2024
03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok pelakon Roy Azman yang memperlihatkan penyanyi rock Malaysia iaitu Awie makan buah durian menarik perhatian wargamaya di laman sosial.
Hiburan

Awie Mahu Kotakan Janji, Jaga Kesihatan Demi Keluarga - “Ada Anak Kecil, Kalau Saya Sakit…”

gempak
21/06/2024
02:57 MYT
Penyanyi Datuk Awie berkongsi mengenai perkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
Hiburan

"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique

gempak
05/05/2024
08:53 MYT
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique