Berita
Penyesuaian Harga Netflix: Ini Makluman Penting Untuk Pelanggan Astro
Netflix mengumumkan pada hari ini bahawa harga langganan untuk semua pelan (Basic, Standard, dan Premium) akan diselaraskan di Malaysia, berkuat kuasa pada Khamis, 14 November 2024, pada jam 10 pagi.
Kemaskini Utama untuk Pelanggan Astro
Walaupun penyesuaian harga ini bakal dilaksanakan, pelanggan Astro yang melanggan Netflix sebagai sebahagian daripada pakej langganan mereka tidak akan melihat perubahan harga tersebut sehingga 1 Mac 2025. Sehingga tarikh tersebut, harga langganan semasa mereka masih kekal.
Untuk para pelanggan Astro yang lain:
Pendaftaran Netflix Add-on Baharu: Harga baharu akan dikenakan serta-merta bagi semua langganan Netflix add-on baharu yang bermula pada 14 November 2024.
Pelanggan Netflix Add-on Sedia Ada: Bagi pelanggan yang telah melanggan Netflix melalui Astro sebelum 14 November 2024, penyesuaian harga akan berkuatkuasa mulai kitaran pengebilan mereka yang bermula pada atau selepas 21 November 2024.
Para pelanggan yang terjejas akan menerima pemberitahuan melalui e-mel sebelum harga baharu dilaksanakan untuk memastikan mereka mendapat maklumat yang lengkap.
Untuk maklumat lanjut, sila layari astro.com.my.
Must-Watch Video