,
Laman Utama

Penyerang Kamal Adli Tidak Dibenarkan Ikat Jamin

Gempak
04/04/2023
09:50 MYT
Mahkamah Singapura tidak membenarkan lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli diikat jamin.
"Berdasarkan laporan Institut Kesihatan Mental (IMH), saya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin," kata Hakim Daerah Brenda Tan hari ini.
Hakim bersetuju terhadap permohonan pendakwaan untuk tidak menawarkan ikat jamin dan menangguhkan kes itu selama empat minggu bagi membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.
"Kes ini ditangguhkan selama empat minggu kepada 2 Mei," kata Tan.
Tertuduh sebelum itu direman tiga minggu di IMH untuk pemerhatian psikiatri.
Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac atas pertuduhan "disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya".
Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu.
Terdahulu, tertuduh yang hadir di mahkamah, membantah permohonan pendakwa raya untuk tidak membenarkan dia diikat jamin.
Tertuduh yang ditanya Tan berhubung bantahannya, berkata semakan IMH telah mendapati dia "berkelakuan dan bertingkah laku baik."
"Jadi saya tidak nampak kenapa saya tidak diberi tawaran jaminan," kata tertuduh yang tidak diwakili peguam.
Tan menangguhkan kes itu selama kira-kira tiga minit bagi membolehkan mahkamah membaca dua perenggan, khususnya 18 dan 21 dalam laporan IMH, kepada tertuduh.
Tertuduh yang memakai baju-T hitam kemudiannya berkata "tidak semua dalam perenggan 18 dan 21 adalah benar...saya tidak setuju."
Pada 12 Mac kira-kira 9.19 malam, Polis Singapura menerima maklumat mengenai kes tertuduh didakwa menyerang pelakon berusia 36 tahun itu dengan baton di 1 Expo Drive.
Polis merampas baton itu yang menjadi barang kes.
Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.
Kamal dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 di Dewan 5A Ekspo Singapura selama tiga hari bermula 10 Mac. Insiden berlaku di penghujung acara itu.
BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.