,
Viral

"Penyanyi Wanita Berhijab Nak Menyanyi Silakan, Tapi Tak Payahlah Menari" - Pendakwah Nasihatkan Wani?

Amri Hassan
26/07/2018
07:37 MYT
Bintang Gema Gegar Vaganza musim pertama, Wani Selamat baru-baru ini muncul dengan single terbaharu berjudul Pendusta Cinta.
Lagu yang menampilkan duet bersama Waris itu menyaksikan Wani beraksi lincah menari dalam muzik video lagu terbabit.
Bagaimanapun, seorang pendakwah selebrti, Da'i Luqman menyatakan pendirian terhadap konsep muzik video lagu itu yang disifatkan boleh mengundang fitnah besar.
"Buat seorang penyanyi wanita popular berhijab, nak menyanyi silakan tapi tak payahlah sampai menari.
"Kerana itu mengundang fitnah besar buat wanita lain yang bertudung.
"Niat untuk bagi malu bagi orang yang dah hilang malu," tulisnya menerusi entri di Instagram.

Post ini tiada niat lain, melainkan untuk kembalikan imej dan maruah Muslimah bertudung __ Realiti pada harini, wanita Muslimah hanya berpemikiran bahawa "Islamnya aku itu cukup hanya sekadar bertudung". Dan kebanyakan dari mereka beranggapan pula, "aku dah pakai tudung, so aku dah boleh buat apa sahaja". Ramai dari kalangan wanita pada harini tak faham, konsep sebenar bertudung dan menutup aurat __ Apa yang anda faham tentang menutup aurat? Adakah sekadar tutup, kemudian boleh terkinja-kinja? Salah. Konsep sebenar menutup aurat adalah, menutup bahagian-bahagian yang telah digariskan oleh Syarak, dan dalam masa yang sama hadirkan rasa "Malu" pada diri __ Kerna jika takdak rasa Malu, maka tindakan menutup aurat itu takkan sesekali sampai pada matlamatnya __ Sudah2 lah mendatangkan fitnah kepada wanita bertudung yang lain. Disebabkan anda, ramai wanita lain pada harini yg tak mahu bertudung beralasankan; . "Alah, ustaz. Buat apa pakai tudung. Ustaz tengok sajalah kat luar sana, pakai tudung tapi berzina, pakai tudung tapi merokok, pakai tudung tapi menari, pakai tudung tapi naik moto ngan bf, etc.." __ Baginda SAW pernah bersabda dalam sepotong hadith dari Al-Hasan, . "Sifat malu itu daripada iman, dan iman itu di syurga. Dan kekejian itu dari kerendahan akhlak, dan kerendahan akhlak itu di dalam neraka" __ Wahai wanita, tingkatkan maruahmu dan kembalikan malumu! __ P/s : Jangan tanya chaq hukum wanita menyanyi plak. Sebab ada khilaf 'ulama. Wallahua'lam ? ? __ #donedakwah #donetanggungjawabdiri

A post shared by Da'i Luqman ™ (@dailuqman) on

Biarpun Luqman tidak menyebut nama mana-mana penyanyi wanita berhijab, netizen mula merujuk status terbabit ditujukan kepada Wani.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: @dailuqman, @wanimusic
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar