,
Viral

Penyanyi Rap Suara Persis 'Seksaan Kubur' Nyahaktif Akaun X, Tulis 'I Quit' Di Spotify!

Gempak
19/03/2024
07:00 MYT
Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila tular sepotong video yang memaparkan seorang penyanyi rapper wanita terjerit-jerit ketika membuat persembahan di atas pentas.
Terbaharu, menerusi perkongsian beberapa keping tangkap layar oleh seorang individu di platform X, dapat dilihat penyanyi wanita berkenaan telah menyahaktifkan akaun X dan mengosongkan semua hantaran di akaun TikTok dan Instagramnya.
Susulan itu, individu tersebut telah menzahirkan kegembiraan atas tindakan penyanyi wanita tersebut.
“Kemenangan milik netizen. Tahniah semua! Takpe, industri underground atau mainstream tak terkesan pun bila dia takda. Papepun kalau korang minat unsur unsur music yang sama macam dia, bolehlah follow Fazz Ahmad The Young Rapper Number 1 sebab dia pernah bagi aku gift," tulis individu tersebut pada ruangan kapsyen.
Sementara itu, menerusi ruang bio di platform Spotify penyanyi wanita bergenre rap tersebut turut seakan memberi bayangan bahawa dia memilih untuk menamatkan karier nyanyiannya.
"I quit," tulis penyanyi rapper tersebut pada ruangan bio.
Dalam pada itu, melihat reaksi netizen dapat dilihat rata-rata menzahirkan rasa puas hati setelah melihat perkongsian tersebut.
"Deserved jangan bagi muka langsung.
"Terbaik! macam gini je nak ajar orang yang hina Islam.
"Ni out bebetul ke memain ni? Kalau betul-betul, good for us. Eh silap, good for u," komen beberapa netizen.
Sementara itu, ada juga yang memberikan komen yang positif dan menyangkal dakwaan sesetengah netizen yang mengkritik teknik nyanyian penyanyi wanita tersebut.
"Dia ni unique one and only di Malaysia.
"Okay Killamisha ni best," komen beberapa netizen.
Sebelum ini, penyanyi wanita tersebut turut dikecam gara-gara pernah menghina agama Islam di platform X beberapa tahun yang lalu.

Berita Trending: "Terjerit Keluar Anak Tekak, Terkinja-Kinja ..." - Netizen Labelkan Nyanyian…

Berita Trending: Dituduh Bukan Islam, Lelaki Ini Disuruh Tukar Tempat Duduk…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Viral

Wanita Mengigil, Pemilik Homestay Didakwa ‘Skodeng’ Ketika Mandi - “Masa Masuk Tandas, Terdetik Nak Pandang..”

gempak
18/09/2024
21:55 MYT
Seorang wanita berdepan situasi cemas apabila pemilik inap desa (homestay) didakwa mengintai dirinya ketika sedang mandi.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.