gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Jurulatih Bola Sepak Ditahan Cabul Dua Remaja Perempuan
HIBURAN
"Ya Saya Masih Rasa Takut, Cuba Tutup Aurat Dengan Sempurna" - Syasya Rizal
HIBURAN
Rossa ‘Request’ Nak Nyanyi Lagu Meriah Lain Macam, Raikan Siti Nurhaliza Di Pentas Konsert ‘Here I Am’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Penyanyi Kongsi Terselamat Nahas Pesawat Duduk Di Kerusi 11A Pada 1998, Sama Seperti Mangsa Air India: “Bulu Roma Saya Meremang”

gempak
Maliah Surip
15/06/2025
00:52 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Kongsi Terselamat Nahas Pesawat Duduk Di Kerusi 11A Pada 1998, Sama Seperti Mangsa Air India: “Bulu Roma Saya Meremang”
Seorang penyanyi Thailand mengaku ‘meremang bulu roma’ selepas membaca mangsa tunggal yang terselamat dalam nahas Air India baru-baru ini adalah penumpang yang duduk di kerusi bernombor 11A.
Hal ini kerana, Ruangsak Loychusak, 47, merupakan mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat Thai Airways dengan nombor pendaftaran TG261 dari Bangkok ke Surat Thani pada tahun 1998. Loychusak duduk di kerusi bernombor 11A sewaktu penerbangan yang mengorbankan 101 penumpang maut.

“Bulu roma saya meremang membaca berita satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat Air India duduk di kerusi yang sama dengan saya, 11A.

“Saya menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa,” ujar Loychusak menerusi perkongsian di laman sosial seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Melanjutkan bicara, penyanyi ini mengaku mengalami trauma berat dengan pesawat. Dia malah takut untuk menaiki kapal terbang dalam tempoh 10 tahun selepas tragedi berlaku.
“Saya mempunyai kesukaran menaiki pesawat selama 10 tahun selepas kemalangan. Saya sukar bernafas walaupun keadaan semuanya okay.
“Saya juga mengelak bercakap dengan penumpang lain dan kerap memandang ke luar tingkap serta sangat berhati-hati.
“Jika cuaca hujan dan nampak guruh, saya akan rasa seperti di neraka,” katanya lagi.
Malah Loychusak mengaku meski sudah lebih 10 tahun tragedi berlaku, dia masih boleh membayangkan bunyi dan bau air paya di mana lokasi pesawat yang dinaiki terhempas.
“Saya masih boleh bayangkan suasana dan bau air paya masih ingat lagi rasanya sewaktu kejadian berlaku. Saya sentiasa mengingati peristiwa itu,” katanya lagi.
Menerusi tragedi tersebut, 101 daripada 132 penumpang dan 14 anak kapal meninggal dunia dengan 45 orang termasuk Loychusak mengalami kecederaan.
Pada Khamis, Air India Boeing 787 Dreamliner terhempas di atas bangunan sebaik berlepas dan mengorbankan 244 penumpang serta anak kapal.
Vishwash Kumar Ramesh, 40, dari Leicester, England, menjadi satu-satunya mangsa yang terselamat. Menerusi pengakuannya, Ramesh duduk di kerusi 11A dan ‘ditolak keluar’ kerusi sebelum membuka pintu keselamatan dan menyelamatkan diri sewaktu insiden berlaku.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Thailand
#Nahas
#Kapal Terbang
#11A
#Ruangsak Loychusak
Must-Watch Video