,
Hiburan

Penyanyi To'ki Ditikam Penyamun Selepas Beli Barang Melukis

Amri Hassan
10/06/2019
07:17 MYT
Penyanyi, To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, 52, cedera ditikam dan diserang sekumpulan lelaki dipercayai dalam cubaan samun di Taman Daya, Kepong, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Menurut To'ki, ketika kejadian dia yang bersendirian dan baru sahaja selesai membeli perkakasan melukis di pusat beli-belah Selayang Mall.
"Kira-kira jam 8 malam semasa dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal di satu selekoh, datang tiga lelaki menunggang dua motosikal menahan saya.
"Mereka cuba menghimpit saya ke tepi jalan sebelum menahan saya. Kemudian salah seorang lelaki terbabit mengugut supaya saya menyerahkan wang dan barang berharga," katanya kepada Sinar Harian di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ahad.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Biasan itu berkata, salah seorang lelaki terbabit secara tiba-tiba bertindak agresif dengan menikam tangan kirinya.
"Saya terus rebah sebelum dibantu orang awam yang segera membawa saya ke HKL. Alhamdulillah, hari ini saya sedikit sihat selepas selesai menjalani pembedahan pada jam 10 pagi tadi," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez yang meluangkan masa melawat penyanyi itu berkata, beliau mengambil berat kes berkenaan.
"Nasib dia (To'ki) tidak baik. Apa pun syukur dia selamat dibedah dan semoga dia cepat sembuh serta kembali aktif dalam bidang seni kerana buat masa ini To'ki masih terlibat dalam persembahan mingguan di beberapa tempat.
"Saya harap kerjaya seninya disambung. Sekiranya kita boleh bantu, kita akan laksanakan. Kita akan pantau dari segi pemulihan kesihatannya dan kerjayanya," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.