,
Laman Utama

Penyanyi Jalin Hubungan Songsang Dengan TikToker Bawah Umur, Siap Kantoi Rakam Video Seks

Maliah Surip
22/06/2023
15:50 MYT
Penyanyi terkenal Taiwan, Aaron Yan mengejutkan industri hiburan dan peminat apabila video lucah miliknya tersebar di internet.
Lebih mengejutkan, Aaron menjalin hubungan songsang dengan seorang TikToker lelaki bawah umur. Malah dua video seks yang dirakamkan secara rahsia dengan TikToker dikenali sebagai Raku yang berusia 16 tahun pada 2018 silam itu telah tersebar.
BACA: "Video Tayang J*bo, Tapi Berlakon Satu Anugerah Pun Tak Ada!" - Puteri Balqis 'Sound' Pelakon Remaja Bandingkan Kecantikan?
Menerusi kenyataan yang dikemas kini di Instagram, Raku mendakwa masih trauma dengan kejadian yang berlaku meski telah lima tahun berlalu, apa lagi video seks tersebut dirakam pihak ketiga tanpa pengetahuannya.
Rakaman tersebut kata Raku dilakukan di kediaman Aaron di Taipei pada tahun 2018.
“Saya benar-benar sudah tidak boleh bertahan dan menerimanya lagi,” tulis Raku.
Selepas pendedahan tersebut, Raku kemudian mengadakan sesi bertemu media sebelum Aaron muncul secara mengejut di sidang media tersebut.
Sambil berdiri di hadapan Raku yang duduk, Aaron menundukkan kepala sebagai tanda meminta maaf.
Dia kemudian dilaporkan berkata: “Saya dengan rendah hati ingin meminta maaf kerana telah membuat anda sengsara dengan situasi yang tidak perlu anda lalui.”
Aaron yang mengaku memang sempat menjalin hubungan songsang dengan Raku juga dikatakan menafikan sekerasnya telah merakam aksi jijik mereka secara paksa.
“Saya tidak melakukan perkara atau merakamkan video di luar pengetahuannya,” kata Aaron seperti dilaporkan CNA.
BACA: "Lainlah Minum Arak" - Baby Shima Kecewa Video Minum Dari 'Botol Susu' Masih Jadi Isu
Penyanyi berusia 37 tahun itu mendakwa video tersebut ‘bocor’ selepas dia menghantar telefon bimbitnya untuk dibaiki.
Terdahulu Raku mendedahkan telah bertemu Aaron pada 2017 dan menjalin hubungan dengan penyanyi itu sebelum dipaksa melakukan hubungan seks setahun kemudian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Viral

Tak Makan Pedas & Pernah Pakai Sut Pelindung Diri Dalam Pengangkutan Awam, Ini 10 Fakta Menarik Mengenai Soya Plan

gempak
14/06/2024
08:55 MYT
Siapakah Soya? Jom semak 10 fakta yang anda perlu tahu mengenai pempengaruh ini.
Viral

Zakar Membengkak Gara-Gara Berkhatan Guna Kit DIY Beli Online

gempak
12/06/2024
06:37 MYT
Gara-gara cuba bersunat sendiri menggunakan kit 'do-it-yourself (DIY)' yang dibeli secara dalam talian, seorang lelaki di Taiwan terpaksa menanggung kesakitan dan terpaksa dirawat di hospital.
Sukan

Harimau Malaya Tewaskan Taiwan, 3-1

gempak
12/06/2024
05:24 MYT
Harimau Malaya menghidupkan sisa-sisa perjuangan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 apabila bangkit menewaskan Taiwan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Viral

Gempa Bumi Terkuat Di Taiwan Dalam 25 Tahun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

gempak
03/04/2024
07:27 MYT
Gempa bumi melanda Taiwan.