Hiburan

Penyanyi Berstatus Datuk, 50 Selebriti Muflis

gempak
Gempak
26/01/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Berstatus Datuk, 50 Selebriti Muflis
Jabatan Insolvensi (MDI) mendedahkan kira-kira 50 selebriti termasuk penyanyi terkenal bergelar Datuk yang dilihat berada dalam kategori 'artis kaya' masih kekal berstatus muflis, malah ada di antara mereka enggan bekerjasama membayar sumbangan bulanan ditetapkan selepas kes ditadbir agensi itu.

BERITA TRENDING: Tupperware Diisytihar Bankrap

Ketua Pengarah MDI, Datuk M Bakri Abd Majid, berkata sikap artis yang enggan menemui pegawai MDI bagi membincangkan kes kebankrapan walaupun notis bankrap sudah lama dikeluarkan kepada mereka atau gagal membuat sumbangan bulanan ditetapkan pihaknya, menyebabkan MDI sukar membantu melepaskan mereka terbabit daripada status muflis mengikut peruntukan udang-undang.
Beliau berkata, ada di antara artis berkenaan memaparkan kehidupan mewah mereka di media sosial, tetapi gagal melakukan pembayaran bulanan yang ditetapkan berdasarkan kemampuannya walaupun jumlah dikenakan adalah kecil.
Ada di antara artis berkenaan sepatutnya boleh dibebaskan daripada status bankrap, contohnya kes sudah melebihi lima tahun, tetapi disebabkan tidak memberi kerjasama baik atau langsung tidak bertemu pegawai MDI untuk membincangkan kes itu, jadi mereka kekal bankrap hingga kini.
"Memang jumlah selebriti yang muflis di negara ini tidak ramai, tetapi mereka yang mempunyai ramai peminat ini sewajarnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat," katanya kepada Berita Harian.

BERITA TRENDING: 10 Hingga 13 Peratus Penjawat Awam Bankrap Sejak 2021 Hingga Tahun Ini

Difahamkan, antara artis yang berstatus bankrap itu ialah dua penyanyi rock terkenal negara yang masih aktif dalam bidang seni dan beberapa pelakon popular.

BERITA TRENDING: Dr Raihana Pernah Tanggung Hutang RM500,000, Gadai Barang Kemas & Hampir Muflis - "Saya Memang Hampa, Kecewa..."

Selain artis terbabit, ahli perniagaan, tokoh korporat dan beberapa ahli politik juga turut tersenarai sebagai individu bankrap yang masih belum dilepaskan sehingga kini atas pelbagai faktor termasuk gagal memberi kerjasama sepatutnya kepada MDI bagi pengurusan kes mereka. -BERITA HARIAN-
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024