gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Bayangkan Awak Lemparkan Kebencian Terhadap Saya…” - Marissa Dania
HIBURAN
Dikritik Tak Layak Ganti Awal Ashaari Dalam ‘Impak Maksima 2’, Ini Respons Arfie Shah - “Sudah Pasti Satu Tekanan…”
VIRAL
“Bekas Caesar Bukan Kekurangan, Itu Luka Lahirkan Zuriat” – Dr Say Anggap Lelaki Hina Parut Isteri Cetek Ilmu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Penyanyi Aishiteru, Zul Zivilia Menyanyi Dengan Kaki Dipasang Penjejak Banduan

Gempak
Gempak
06/05/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Aishiteru, Zul Zivilia Menyanyi Dengan Kaki Dipasang Penjejak Banduan
Aksi penyanyi Zul Zivilia tampil membuat persembahan di khalayak awam baru-baru ini menjadi bualan hangat.
Hal itu lantaran Zul diketahui sedang menjalani hukuman penjara 18 tahun kerana memiliki dan mengedar dadah. Sebagai seorang penjenayah dia tidak sepatutnya boleh keluar penjara sebelum tamat tempoh penahanan.
Zul yang ditahan di penjara Bogor dilihat membuat persembahan di acara Indonesian Prison Products and Arts Festival (IPPAFest) 2025 yang diadakan di Lapangan Banteng, Jakarta, pada 21 April 2025.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah kaki penyanyi ini dilihat dipasang dengan GPS atau alat penjejak banduan untuk memantau dengan ketat keberadaan Zul meski diberi kesempatan keluar penjara, lapor Kompas.
Pada penampilan tersebut, Zul menyanyikan lagu hitnya Aishiteru serta memperkenalkan single terbaharu yang berjudul Jangan Kamu Biar Aku. Ia merupakan hasil kolaborasi bersama penyanyi Gita Youbi.
Proses rakaman dan pembikinan video klip lagu tersebut malah mendapat bantuan daripada pihak penjara sebagai tanda sokongan kepada penjenayah melalui seni dan kreativiti.
Zul ditangkap pada 2019 dan baru enam tahun menghuni penjara. Dia masih memiliki baki sekitar 12 tahun untuk dihabiskan di penjara sebagai hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya.
Topic Berkaitan
#Aishiteru
#Zul Zivilia
#Penjejak Banduan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement