VIRAL
"Penyakit Ain Ni Hari-Hari Kena, Suami Muntah Keluar Jarum Pun Pernah" - Ayunie
Pempengaruh dan usahawan popular dari Kelantan, Anees Ayunie mengakui hampir setiap hari berdepan penyakit ain yang menjejaskan kesihatannya dan keluarga.
Jelas Ayunie, selain daripada gangguan emosi, sihir juga antara perbuatan khianat individu yang mungkin kurang senang melihat kesenangan atau kebahagiaan yang dimilikinya.
"Saya ni kalau nak kata penyakit ain, hari-hari kena. Ada saja benda tak kena. Kadang-kadang muntah, gangguan emosi dan sebagainya.
"Sihir pun datang dalam banyak bentuk. Pernah sekali suami saya sampai muntah keluar jarum.
"Bukan nak kata saya famous saya berisiko kena penyakit ain, orang tak famous pun ada saja. Hati orang kita tak boleh nak tahu apa lagi saya yang berbisnes ni dan sentiasa ada di bahagian hadapan," katanya kepada Gempak.
Justeru, Ayunie mengambil pendekatan untuk sentiasa mengamalkan surah-surah al-Quran sebagai pendinding diri seperti yang diajarkan oleh perawat.
"Jadi, apa yang boleh saya lakukan hanyalah amalan yang diajarkan oleh ustaz sebelum tidur untuk memagar diri dan keluarga. Selain itu, saya akan mandi air bidara dan garam bukit seminggu sekali, untuk membuang segala anasir tak baik daripada dalam diri," tambahnya.
Penyakit ain adalah disebabkan oleh pandangan mata hasad dan disertai dengan sifat iri yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.
Must-Watch Video