gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Konsert Ada Apa Dengan Melly… Prom Nite Bakal Bawa Rangga? Nicholas Saputra Komen - “Wait For The Surprise”
HIBURAN
Bisikan Terlarang: Lelaki Atau Perempuan Lebih Complicated? Ramai Setuju Jawapannya Adalah…
HIBURAN
Tiada Gosip Liar, Azza Elite Mengaku Tak Pernah Ada Hubungan Dengan Mana-Mana Selebriti - “Sila Percaya, Semua Ini Benar Belaka”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Penunggang P-Hailing Terkejut Kiriman Bungkusan Rupa-Rupanya Mayat Bayi

gempak
Gempak
09/05/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Penunggang P-Hailing Terkejut Kiriman Bungkusan Rupa-Rupanya Mayat Bayi
Sebuah rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing yang tidak menyangka telah menghantar bungkusan berisi mayat bayi.
Menerusi klip tersebut, penunggang ojek dalam talian (ojol) berkenaan, Muhammad Yusuf Ansari, 35, memaklumkan bahawa beliau hanya menjalankan penghantaran seperti diminta oleh pelanggan.
“Dia hanya minta saya kirimkan barang dan memberi arahan supaya rumah penerima ditulis sebagai ‘P’ berhampiran masjid,” katanya kepada penduduk setempat.
Tribun Medan melaporkan bahawa kejadian berlaku di Jalan Bilal, Kecamatan Medan Timur, Kota Medan, Sumatera Utara (Sumut), Indonesia pada pagi Khamis.
“Penunggang tersebut mendapat pesanan di SPBU Simpang Jalan Bilal untuk dihantar ke Jalan Ampera. Pengirimnya hanya dikenali sebagai Rudi dan mereka dipercayai pasangan muda,” kata Ketua Gabungan Ojek Roda Dua Medan Sekitar (Godams), Agam Zubir.
Menurutnya lagi, kandungan bungkusan itu terbongkar apabila seorang wanita di lokasi penghantaran mendakwa tidak pernah membuat sebarang pesanan dan tidak mengenali mana-mana individu bernama ‘P’ seperti dinyatakan oleh pengirim.
Pemandu ojol itu kemudiannya cuba menghubungi pengirim melalui aplikasi, namun mendapati nombor telefon bimbit tersebut sudah tidak aktif.
Yusuf dan wanita terbabit terkejut apabila membuka bungkusan berkenaan dan mendapati ia mengandungi mayat seorang bayi yang diselubungi kain sejadah berwarna biru.
Selain itu, turut ditemui sekeping kertas dengan tulisan berbunyi: “Serahkan saja bungkusan ini kepada marbot masjid.”
Insiden tersebut mengejutkan penduduk setempat yang kemudiannya bertindak membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Bayi
#Mayat
#Penunggang
#Bungkusan
#Terima
Must-Watch Video