,
Laman Utama

Penuh FYP TikTok Dengan Spekulasi Kematian Tangmo Nida! Katanya Mendiang Mati Dibunuh Bukan Kemalangan...Betul Ke?

Fiza Kamarudin
03/03/2022
09:26 MYT
Sejak semalam, media sosial hangat dengan spekulasi berita kematian aktres popular Thailand, Tangmo Nida.
Di laman sosial TikTok, netizen dari Thailand, Indonesia termasuk Malaysia, mula ‘menyiasat’ tentang kematian aktres tersebut yang dikatakan sudah dirancang, berdasarkan beberapa perkembangan kes yang dikongsi.
Rata-rata pengguna TikTok, mahu punca kematian Tangmo disiasat seadil-adilnya jika benar aktres tersebut dibunuh.
Lebih menyayat hati apabila foto-foto mendiang yang sudah tidak bernyawa dan dalam keadaan mengerikan turut disebar menerusi aplikasi Telegram.
Keadaan mayat Tangmo yang mengerikan itu turut menyebabkan ibu mendiang bersedih dan tidak dapat menerima pemergiaan tragis anak kesayangannya itu.
Ibu Tangmo, Panida Sirayutthayothi menerusi perkongsian netizen di TikTok, berkata anaknya sudah tidak cantik seperti selalu.
Di laman sosial TikTok, ramai mula berkongsi kronologi kematian Tangmo yang dianggap mencurigakan itu.
Sehingga kini, FYP menggunakan tanda pagar #tangmonida di TikTok telah pun ditonton lebih 210 juta kali dan menjadi perhatian dunia.
Pada Sabtu lalu, mayat Tangmo ditemui terapung di sungai selepas 38 jam dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot laju.
Mayat mendiang ditemui 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.
Aktres yang pernah membintangi filem The Flying Leaf itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai pada 11 malam Khamis lalu ketika menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya bersama-sama empat rakannya dari Krung Thon Bridge ke Rama VII Bridge.
Menurut laporan media tempatan, Tangmo atau nama sebenarnya Nida Patcharaveerapong tidak memakai jaket keselamatan duduk di bahagian paling belakang sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.