,
Laman Utama

“Penonton Tak Nak Yang Over..” - Kamal Adli Tak Kisah Terima Watak Filem Romantik

Azwa Rahman
19/01/2022
05:54 MYT
Aktor Kamal Adli berpendapat gandingan pelakon utama lelaki dan wanita dalam sesuatu filem tidak perlu terlalu ‘over’ bagi menjayakan sesuatu watak dalam perhubungan.
Menurut Kamal yang kini membintangi filem romantik Gracias Barcelona di saluran Astro First, penonton kini sudah bijak dan mereka lebih menerima lakonan pasangan pelakon tidak melampau.
“Saya tahu skrip sekarang macam mana dan penerimaan penonton pun macam mana. TV sekarang pun tak nak yang over pun. Kalau lagi over, lagi ramai orang menyampah dan tak nak support cerita tu.
“Saya berfikiran, apa-apa cerita pun boleh hit, akan dapat sambutan tanpa perlu ada scene yang melampau,” ujar Kamal dalam satu temu bual sewaktu majlis sidang media perkahwinannya baru-baru ini.
Bergandingan bersama aktres jelita Fathia Latiff, inilah penampilan filem pertama Kamal Adli selepas berkahwin dengan isterinya pelakon Uqasha Senrose.
Gracias Barcelona mengisahkan Kamal dan Fatiha mula jatuh cinta sejak menuntut di Barcelona, namun hubungan mereka di uji apabila pulang ke Malaysia.
Dalam usia yang masih muda dan cabaran kehidupan, mereka tewas dengan ujian alam perkahwinan. Siapa yang melukakan dan terluka?
Saksikan filem romantik drama, Gracias Barcelona yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Januari 2022.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

gempak
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.
Hiburan

Raikan Semangat Kontijen Negara Ke Sukan Paralimpik Paris 2024 Dengan Menonton Filem 'Gold' Di Astro First

gempak
29/08/2024
12:55 MYT
Sempena temasya sukan Paralimpik Paris 2024 yang mula berlangsung pada 28 Ogos, Astro First berbesar hati untuk membawakan filem ‘Gold’ arahan Adrien Teh ke saluran pawagam rumah anda, Astro First.
Peraduan

Sewa Filem Di Astro First On Demand Store & Menang Sepasang Tiket Wayang Filem terbaru BEETLEJUICE BEETLEJUICE!

gempak
28/08/2024
01:52 MYT
Menang Sepasang Tiket Menyaksikan Filem BEETLEJUICE BEETLEJUICE sekarang!
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.