,
Laman Utama

Penonton Dirasuk? Set MeleTOP Diganggu Misteri Histeria The Series! Ramai Terkejut

Azwa Rahman
08/06/2022
10:12 MYT
Mendebarkan! Siaran langsung program MeleTOP yang bersiaran malam tadi diganggu jeritan dan rasukan seorang penonton. Apa dah jadi?
Baru bersiaran dalam hampir 10 minit, lampu yang menyinari set MeleTOP juga terpadam gara-gara gangguan misteri tersebut.
Jangan risau, itu semua hanyalah gimik bagi drama premium terbaharu di bawah Astro Originals iaitu Histeria The Series.
Jeritan tersebut merupakan daripada salah seorang pelakonnya iaitu Amelia Christie.
Menampilkan tiga orang pelakon utamanya iaitu Nam Rom, Sharifah Aryana dan Amelia, kehadiran mereka menambahkan lagi sambutan terhadap karya seram yang disambung daripada filem Histeria pada tahun 2008 arahan James Lee.
Selain pelakon hebat ini, naskhah Histeria The Series diterajui oleh wajah berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki dan Serra Kamal.
Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.
Histeria The Series mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.
Sejak daripada penyiasatan mereka, satu per satu insiden dan perkara ngeri berlaku sehingga menyebabkan kejadian yang berlaku pada 10 tahun lalu bakal berulang.
Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 6 Jun ini. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kena Beritahu Kita Single” - Amelia Christie Akui Sudah Solo, Mahu Cari Lelaki Sopan Santun

gempak
12/03/2024
23:55 MYT
Amelia nak lelaki bertanggungjawab.
Hiburan

“Perempuan Lain Kalau Nak Marah Boleh, Tapi Nabila Tak Boleh” - Sharnaaz Ahmad

gempak
01/03/2024
03:55 MYT
Sharnaaz & Nabila baik demi anak.
Hiburan

"Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Apa Kami Ada Selama Ini, Saya Terima Saja" - Amelia Christie

gempak
29/02/2024
09:14 MYT
Amelia Christie tampil mengulas hubungan dengan Sharnaaz Ahmad.
Hiburan

"Saya Tak Pernah Iyakan Fasal Saya & Amelia, Macam Mana Nak Kata Putus? - Sharnaaz Ahmad

gempak
28/02/2024
04:50 MYT
Netizen salah faham ni.
Viral

“Kalau Apa Yang Kita Boleh Reveal, Ada Dekat TikTok & IG” - Rosix Omar

gempak
28/02/2024
02:55 MYT
Rosix hanya kongsi apa yang dibenarkan saja.