Viral

Penjenayah Pecah Masuk Rumah Dihukum Penjara & Denda, Kieda Crepe Syukur Dapat Semula Barang Kemas - “Andai Kata Mereka Tidak…”

gempak
Asyikin Mayudin
01/02/2025
15:55 MYT
Sponsor Banner
Penjenayah Pecah Masuk Rumah Dihukum Penjara & Denda, Kieda Crepe Syukur Dapat Semula Barang Kemas - “Andai Kata Mereka Tidak…”
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Kieda Crepe memaklumkan penjenayah yang bertindak pecah masuk rumahnya pada April tahun lalu mengaku bersalah.

Penjara & denda

Kieda atau nama sebenar Siti Nur Khalieda Yusra berkata kesemua inidvidu terbabit telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda sebanyak RM20,000 setiap seorang.
“Pihak polis hubungi saya maklumkan, OKT (Orang Kena Tuduh) yang pecah masuk rumah saya mengaku bersalah.

“Mereka (OKT) telah dijatuhkan hukuman empat tahun penjara dan denda RM20,000 setiap seorang. Andai kata mereka tidak dapat bayar RM20,000 tersebut akan tambah hukuman penjara lagi lapan bulan,” katanya.

Kieda berkongsi mengenai perkara itu menerusi perkongsian video di TikTok miliknya.

Barang kemas

Dalam pada itu, Kieda turut meluahkan rasa syukur apabila barang kemas yang telah dilarikan akan dikembalikan semula kepadanya.

“Barang-barang kemas saya akan dapat semula. Manakala barang kemas yang sudah dileburkan akan dibuat tuntutan melalui resit atau kedai emas perlu kembalikan dalam bentuk jongkong emas kepada saya,” ujarnya.

Bersyukur segala urusan dipermudahkan, Kieda berterima kasih kepada semua pihak yang tidak henti mendoakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kieda Crepe Dakwa Suspek Rompak Orang Yang Sama Pecah Masuk Rumah Kak KM - “Makna Kata Dalam Depa Duk Bicara Kes, Masih Lagi Bergiat Aktif”

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Pasangan Suami Isteri Didakwa Simpan Harta Curi Milik Kieda Crepe

“Kepada semua yang mendoakan saya dan kes ini dipermudahkan, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kalian,” katanya.
Terdahulu, Kieda mendedahkan mengalami kerugian RM800,000 apabila rumahnya di Kepala Batas, Pulau Pinang dipecah masuk penjenayah pada 25 April lalu, sekitar pukul 8 hingga 11 malam.
Selang seminggu kemudian, empat sekawan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut yang mana suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 27 tahun.
@kiedacrepepenang2 Selesai semuanya. Alhamdulillah 😭😭 @AMY KIEDA MERCHANDISE @KIEDACREPEPENANG @KiedaCrepeHouse ♬ original sound - Kiedacrepepenang2
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024