,
Berita

Penjawat Awam Usia 59 Tahun Duduki SPM, Hanya Belajar Di Rumah - “Saya Ingin Cuba & Cabar Diri”

Gempak
29/05/2024
02:42 MYT
Mahu mencabar kemampuan diri dan seronok belajar mendorong seorang penjawat awam berusia 59 tahun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Hamidan Yahaya yang bertugas sebagai pemandu awam Kementerian Pertahanan di Kem Bukit Keteri (Rejimen 504 Askar Wataniah) dekat sini, menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran Sains dan berjaya memperoleh B+ pada keputusan yang diumum semalam.
"Saya ingin cuba dan cabar diri. Saya juga seronok masuk dewan peperiksaan," katanya ketika ditemui pemberita
Menurut Hamidan beliau hanya belajar sendiri di rumah tanpa bantuan sesiapa dengan memperbanyakkan membuat latih tubi mata pelajaran berkenaan.
"Saya tak ada cikgu, tidak pergi tuisyen, tidak berpandukan TikTok atau Google... dengan hanya guna buku yang dibeli sendiri, buat latihan, kemudian tengok jawapan di belakang buku," katanya.
Hamidan yang mempunyai lima anak berusia antara 20 hingga 32 tahun berkata beliau pernah menduduki peperiksaan SPM 2022 bagi mata pelajaran Matematik dan memperoleh A dengan hanya belajar sendiri.
Beliau mengakui sememangnya terdapat cabaran dalam soalan peperiksaan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik pada masa ini iaitu sedikit sukar berbanding SPM yang didudukinya 42 tahun lepas.
"Dulu (42 tahun lepas) keputusan SPM saya dapat pangkat tiga, untuk Sains dan Matematik (sekadar) lulus," katanya yang merancang untuk mengambil peperiksaan SPM 2024 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.
Hamidan turut menasihati golongan muda supaya mengambil berat akan kepentingan peperiksaan SPM yang merupakan langkah permulaan untuk masa depan lebih baik.
Sumber: AWANI menerusi BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

10 Hingga 13 Peratus Penjawat Awam Bankrap Sejak 2021 Hingga Tahun Ini

gempak
09/09/2024
08:46 MYT
Jabatan Insolvensi mendedahkan kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh hampir empat tahun ini membabitkan penjawat awam.
Viral

Gadis 19 Tahun Antara 36 Individu Dicekup, Sindiket Persundalan Swinger Tumpas!

gempak
01/09/2024
02:19 MYT
Sebuah sindiket pelacuran yang menyediakan kegiatan seks bebas secara berkumpulan buat 147,000 pelanggan berjaya ditumpaskan pihak polis baru-baru ini dengan penahanan 36 individu, termasuk penjawat awam.
Hiburan

Zaki Yamani Ada Sebab Rahsiakan Result SPM - “Ayah Tak Duduk Sekali, Jadi Tak Rasa Nak Luah Pada Dia”

gempak
20/08/2024
12:55 MYT
Penyanyi Zaki Yamani memaklumkan dia mempunyai alasan sendiri mengapa merahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya baru-baru ini.
Gaya Hidup

Pelarasan Gaji Penjawat Awam: Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu

gempak
16/08/2024
16:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam hari ini, yang dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi kakitangan awam di seluruh negara.
Berita

Kumpulan Pelaksana Dijangka Terima Kenaikan Gaji Sehingga 42.7%

gempak
07/08/2024
10:30 MYT
Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) antara 15 hingga 42.7 peratus.