,
Terkini

Penjawat Awam Tuduh Isteri Lakukan Hubungan Songsang, Anak Luah Perasaan Di Media Sosial - “Kami Telah Lama Menderita”

Umirah Halim
27/03/2024
21:51 MYT
Seorang wanita bertindak mendedahkan perangai ayahnya yang didakwa bertindak melampaui batas dengan mengasari anak dan isterinya sehingga menyebabkan terdapat daripada ahli keluarganya mengalami masalah mental.
Perkara itu didedahkan menerusi satu perkongsian rantaian di Platform X anak perempuan sulung keluarga tersebut yang menggunakan nama akaun a_safiah.
Menerusi hantaran tersebut, wanita itu mendakwa bahawa keluarganya sudah menderita agak lama dengan sikap tidak bertanggungjawab ayahnya itu yang juga memegang jawatan sebagai guru besar di sebuah sekolah di Gopeng.

Pukul Anak Isteri

Katanya, selain didakwa pernah memukul anak dan isterinya, lelaki itu juga didakwa turut menyebabkan penderaan fizikal dan mental terhadap mereka.
Tidak terhenti disitu, wanita tersebut turut mendakwa ayahnya juga pernah memberikan gelaran yang cukup kesat terhadap dia dan ibunya.
Pada masa sama, ibunya yang difahamkan masih belum bercerai dengan ayahnya turut dilarang berjumpa dengan anak-anaknya yang lain.
"Pukul anak dan isteri. Penderaan mental fizikal terutamanya kepada isteri menyebabkan saya, anak perempuan pertama mempunyai penyakit mental," tulisnya di laman X.

Tuduh Ibu Ada Hubungan Songsang

Hantaran tersebut juga memuat naik satu video berdurasi dua minit 17 saat memaparkan pertengkaran antara lelaki yang tersebut bersama isteri dan anaknya di hadapan sebuah rumah.
Menerusi video yang tular itu, ayahnya turut mendakwa ibunya melakukan hubungan songsang bersama wanita lain tanpa sebarang bukti.
“Kamu dah buat hubungan lesbian dengan perempuan ini (tukang rakam video).
“Lepastu kamu nak kacau anak sekarang ni Kamu nak tagih anak,” ujarnya.
“Sebab aku tak boleh jumpa dia,” jawab ibu wanita tersebut.
“Boleh dengan syarat tak perempuan lesbian ni,” jawab lelaki itu.

Kongsi Surat Perubatan

Menerusi hantaran sama, dia turut berkongsikan bukti surat perubatan yang diterima berhubung tahap kesihatan mentalnya dan satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Batu Gajah, Perak mengenai satu kejadian perselisihan yang berlaku di rumah ibunya.
Dalam laporan berkenaan, pengadu yang difahamkan bertugas sebagai guru mendakwa suaminya datang ke kediamannya untuk membuat kecoh dan hampir mencetuskan pergaduhan bersama menantu lelakinya yang ketika itu berada di rumah.
Bapa Pernah Salah Guna Kuasa?
Sementara itu, menerusi hantaran sama, wanita itu turut mendakwa bapanya pernah melakukan penganiayaan apabila dipercayai menyalahgunakan kuasa dengan memperalatkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk menukarkan sekolah tempat isterinya bertugas.
"Tolong bantu warga X, kami telah lama menderita secara senyap-senyap sekarang. Dianiaya terlalu lama," tulisnya.
Hantaran tersebut bagaimanapun telah mendapat lebih 190,000 jumlah tontonan dan lebih 1,800 hantaran semula selepas beberapa jam dimuat naik bagaimanapun sudah dipadamkan.

Berita Trending: Pasangan Suami Isteri Ini Dah 5 Tahun Balik Raya Asing-Asing -…

Berita Trending: Kantoi Curang 3 Kali, Wanita Ini Minta Suami Bayar RM1,000 Wang Pampasan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sambut Ulang Tahun Ke-28, Isteri Hadiahkan MK K-Clique Motosikal Idaman - “Dia Kata Nak Sangat…”

gempak
09/11/2024
09:55 MYT
Isteri kepada penyanyi rap, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar menghadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi kepada suaminya bersempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-28, pada Julai lalu.
Hiburan

Tamatkan Zaman Janda, Ina Naim Kembali Bergelar Isteri!

gempak
08/11/2024
04:30 MYT
Menerusi video yang dikongsikan di Tiktok, Telur Pindang Tradisi Johor memaparkan momen pasangan itu melangsungkan pernikahan di kampung halaman Ina iaitu di Kota Tinggi, Johor.
Hiburan

Ini Sebab Idzham Ismail Nekad Takkan Kembali Bersama Bekas Isteri - "Kalau Saya Bersama Dengan Dia Balik, Adakah Dia Akan ..."

gempak
06/11/2024
21:55 MYT
Pelakon tinggi lampai, Idzham Ismail nekad tidak akan kembali bersama bekas isterinya, Siti Nur Abilah selepas sah bercerai talak satu pada Oktober lalu.
Hiburan

Berdepan Ujian Getir, Da'i Syed Bersyukur Dikurniakan Isteri Sebaik Hana Ismail - "Dia Sentiasa Ada Dengan Saya"

gempak
05/11/2024
04:02 MYT
Pendakwah selebriti, Da'i Syed Iqmal memanjatkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang taat dan baik, yang selalu ada bersamanya ketika melalui detik sukar.
Hiburan

Idzham Ismail Sudah Sah Bercerai & Tidak Akan Dirujuk Kembali - “Jawab Dengan Allah…”

gempak
04/11/2024
04:48 MYT
Pelakon Idzham Ismail memaklumkan dia sudah sah bercerai dengan bekas isterinya, iaitu Siti Nur Abilah Shamsudin.
Unitar