,
Laman Utama

Peninju Berhijab, Nor Diana @ Phoenix Tampil Kongsi Cerita Dalam Naura Shares Malam Ini!

Asraf Aided
18/12/2020
11:25 MYT
Arena tinju bukanlah satu kerjaya yang mudah baik dari segi mental mahupun fizikal, apatah lagi di negara kita yang masih ramai yang belum terbiasa dengannya.
Jika untuk peninju lelaki pun ia masih dilihat mencabar dan sukar, bagaimana pula dengan wanita Melayu berhijab yang menceburkan diri dalam bidang ini?
Persoalan ini terjawab dalam Naura Shares episod 21 malam ini yang menampilkan peninju berhijab yang disenaraikan dalam Forbes 30 Under 30 baru-baru ini, Nor Diana atau alter egonya, 'Phoenix'.
Diana akan bercerita tentang bagaimana dia mula menyertai bidang tinju dan kecintaannya untuk bergelar peninju di sebalik perwatakannya yang pemalu.
Memandangkan Diana adalah seorang yang introvert, dia tidak suka meraih perhatian tetapi jurulatihnya mempunyai pemikiran yang berbeza. Apabila Diana dimasukkan dalam senarai Forbes 30 Under 30, jurulatihnya itu percaya yang Diana akan menunjukkan potensi besar dari seorang wanita berhijab.
Pernah suatu ketika, Diana hampir berputus asa kerana menerima banyak kritikan negatif yang mengatakan dia menunjukkan imej kurang baik bagi seseorang yang berhijab.
Namun, Diana meneruskan perjuangannya kerana dia tahu sebab dia menceburi bidang tinju adalah untuk membahagiakan diri sendiri, bukan orang lain.
Nak tahu lebih lagi? Jangan lupa saksikan Naura Shares malam ini!
Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, pukul 9.00 malam di NAURA (saluran 109).
Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares turut menampilkan tetamu undangan lain seperti Datuk Chef Wan, Naim Daniel, Datin Alyah dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Zain & Azlan Ruffedge Kongsi Kisah Revival Dalam Naura Shares Episod Akhir Malam Ini!

gempak
25/12/2020
03:44 MYT
Ruffedge berkongsi bagaimana cetusan kerohanian dalam persahabatan mereka selama hampir dua dekad membawa dimensi dan makna baru dalam kisah revival menerusi Naura Shares episod akhir malam ini.
Laman Utama

Fizo Kongsi Tentang Detik Sukar...Dikhianati, Hutang RM8 Juta!

gempak
11/12/2020
10:48 MYT
Siapa menjangka karier sebagai selebriti di puncak populariti boleh didatangi musibah.
Laman Utama

Sarah Dedah Pernah Terima Ugutan Bunuh

gempak
04/12/2020
05:45 MYT
Dari usia remaja sehinggalah melalui gerbang perkahwinan, dan kini bergelar ibu dan usahawan, Sarah yakin kebergantungannya kepada Tuhan terus menjadi pemangkin dalam meneruskan kehidupan sebagai anak seni yang berjaya.
Laman Utama

"Masa Itu Kuasa" - Zizan Razak

gempak
27/11/2020
08:10 MYT
Dalam Naura Shares episod ke-18 malam ini, pelawak dan pelakon, Zizan Razak tampil berkongsi pengalamannya bergelar seorang pelawak dan pelbagai cerita lain.
Laman Utama

Chef Wan Kongsi Tentang Zaman Kanak-Kanak & Tanggungjawab Terhadap Bekas Isteri

gempak
13/11/2020
11:15 MYT