Hiburan
Peningkatan Kes Bunuh Diri Di Malaysia: Satu Dalam Lapan Remaja Berisiko Bunuh Diri
Peningkatan tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja kini semakin membimbangkan dan memerlukan perhatian khusus semua pihak untuk mencegahnya.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menunjukkan bahawa satu dalam lapan remaja mempunyai pemikiran untuk membunuh diri, manakala satu dalam sepuluh pula telah mencuba untuk melakukannya.
Statistik Terkini
NHMS 2022 mendedahkan trend peningkatan cubaan bunuh diri di kalangan remaja, terutamanya perempuan, sejak lima tahun lalu.Pemikiran untuk membunuh diri meningkat secara mendadak kepada 13.1% dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun, berbanding 10% pada tahun 2017. Manakala, bagi cubaan bunuh diri, angka ini menunjukkan peningkatan kepada 9.5% pada tahun lalu berbanding 6.9% pada 2017.
Sementara itu, data dari Tinjauan Kesihatan Remaja 2022 oleh Institut Kesihatan Awam (IKU) mendapati bahawa remaja perempuan mempunyai fikiran untuk membunuh diri dengan peratusan lebih tinggi, iaitu 18.5%, berbanding lelaki yang mencatatkan 7.6%.
Dalam hal cubaan bunuh diri, remaja perempuan juga mencatatkan peratusan dua kali ganda lebih tinggi, iaitu 13.4% berbanding 5.7% bagi lelaki.
Kebanyakan remaja yang mempunyai pemikiran atau cubaan bunuh diri juga mengalami kemurungan.
Satu perempat daripada responden melaporkan merasa tertekan, menguatkan lagi bahawa isu kesihatan mental di kalangan remaja di negara ini sangat membimbangkan.
BERITA TRENDING: Alif Hadi Dedah Pernah Berkahwin, Suka Wanita Lebih Berusia - “Saya Seorang Duda..Yang Mungkin Terlajak Laris…”
BERITA TRENDING: Abang Tesla Bengang Ada Individu Suka ‘Menyampai’ Setiap Kali Keluar Bersama Isteri Kedua - “Cukuplah Jadi B*doh DM Bini Pertama Aku..”
BERITA TRENDING: Simple & Sopan, Penampilan Ameera Khan Raih Pujian Netizen - “Definisi Orang Kaya Tak Perlu Berpakaian Over..”
BERITA TRENDING: Anak Aidid Marcello Kini Bergelar Hafiz Al-Quran – ‘“Alhamdulillah, Telah Tunaikan Amanah Bonda & Ayahanda”
Faktor Penyumbang
Berikut merupakan beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan belia:- Penderaan Fizikal dan Lisan: Menurut NHMS, 41% responden melaporkan didera secara lisan, dengan remaja perempuan paling tinggi mengalami penderaan ini pada 51.8%. Untuk penderaan fizikal, remaja perempuan juga mencatatkan 8.1%.
- Tekanan Akademik: Meletakkan harapan yang terlalu tinggi dalam pencapaian akademik juga sering menyebabkan tekanan yang luar biasa.
- Kekurangan Sokongan Mental: Stigma terhadap masalah mental sering menghalang golongan belia daripada mendapatkan bantuan.
- Krisis Identiti: Keliru dengan isu identiti dan arah hidup boleh menimbulkan rasa tidak berdaya.
- Pengaruh Media Sosial: Penggunaan media sosial yang berlebihan dapat dikaitkan juga dengan masalah kesihatan mental.
Langkah-Langkah Menangani Isu
Kerjasama dan campur tangan komprehensif sangat diperlukan bagi menurunkan kadar pemikiran dan cubaan bunuh diri. Antara langkah yang boleh diambil termasuk:- Kesedaran dan Pendidikan: Program kesedaran tentang kesihatan mental perlu diperluas di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan tinggi.
- Sokongan Psikologi: Meningkatkan akses kepada kaunseling dan perkhidmatan psikologi.
- Kempen Anti-Stigma: Kempen untuk mengurangkan stigma terhadap isu kesihatan mental harus dijalankan.
- Penglibatan Media: Laporan media yang bertanggungjawab adalah penting untuk mengelakkan dorongan untuk meniru tingkah laku bunuh diri.
- BEFRIENDERS KL: 03 7927 2929 (24/7)
- TALIAN KASIH: 15999 (24/7) / 019 261 5999
- MERCY MALAYSIA: 03 2276 2116
- ALL WOMEN'S ACTION SOCIETY (AWAM): 016 237 4221
Projek; Exit akan ditayangkan secara eksklusif di Astro mulai 1 November 2024.
Drama ini akan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Nabila Huda, Naim Daniel, Shasha Abedul dan ramai lagi.
Sinopsis Projek; Exit
Setelah gagal dalam percubaan untuk membunuh diri, seorang remaja perempuan dengan masalah depresi dihantar ke asrama juvana/ pusat pemulihan akhlak. Dia bertemu seorang remaja lelaki di mana mereka berdua berkomplot untuk lari dari pusat itu.
Sumber: Berita Harian
Must-Watch Video