gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hampir 3 Dekad Menyanyi, Dayang Nurfaizah Terima Anugerah Khas Borneo
HIBURAN
Hadapi Masalah Kesihatan, Hafiz Suip Tak Dapat Adakan Persembahan Di Konsert MeleTOP TVS
HIBURAN
Syahrini Terima Penghargaan UNESCO Di Acara Filem Cannes 2025 - “Penghargaan Ini Menjadi Dorongan Saya Untuk Kembali Aktif…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Peniaga Wanita COD Makanan Dipercayai Dibunuh, Mayat Ditemukan Di Tepi Sungai

gempak
Gempak
14/02/2025
04:17 MYT
Sponsor Banner
Peniaga Wanita COD Makanan Dipercayai Dibunuh, Mayat Ditemukan Di Tepi Sungai
Seorang wanita yang juga peniaga makanan ditemui mati disyaki dibunuh di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada Khamis.

Ada undur jenayah pada tubuh mangsa

Mayat mangsa berusia 37 tahun ditemui seorang lelaki sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 12.45 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, susulan itu, sepasukan anggota polis bersama pakar patologi forensik dari Hospital Tengku Ampuan Afzan menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati ada unsur jenayah pada tubuh mangsa.
Menurutnya, berdasarkan maklumat saksi, mangsa yang tinggal di daerah ini menjalankan perniagaan makanan.

"Mangsa dikatakan datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira jam 7.30 malam hari sebelumnya. "Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.Wan Mohd Zahari berkata, pihak polis memohon kerjasama masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian hingga boleh mengganggu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung dengan balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Polis
#COD
#Peniaga
#Kuantan
#Dibunuh
#Peniaga Wanita
Must-Watch Video