,
Laman Utama

Peniaga Gerai Burger Tepi Jalan Maut Dirempuh Hilux

Shahrin Zulkifle
27/10/2022
06:30 MYT
Peniaga burger maut selepas gerainya dirempuh sebuah Toyota Hilux dalam kejadian di Kilometer 342 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bahru berhampiran simpang Sungai Pasu, Raub, Pahang malam Rabu.
Kemalangan yang membabitkan lima kenderaan pada jam 11 malam itu turut mengakibatkan sembilan pelanggan termasuk isteri dan bayi peniaga burger yang berusia lapan bulan cedera.
Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, mangsa, Mohamad Ariff Anuar Khan, 32, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala manakala sembilan mangsa lain cedera.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat Toyota Hilux yang dipandu dari arah bandar Raub menghala ke Kuala Lipis hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.
"Keadaan itu menyebabkan ia merempuh gerai burger, pelanggan serta empat kenderaan yang diparkir di bahu jalan berhampiran gerai berkenaan," katanya.
Tambah Beliau, pemandu serta penumpang Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raub untuk bedah siasat.
"Mangsa lain yang ada di antara mengalami kecederaan parah dan ringan turut dibawa ke Hospital Raub untuk rawatan lanjut," katanya.
Menurutnya, pemandu serta penumpang Toyota Hilux ditahan di lokap Balai Polis Raub untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333 & 334) pindaan 2020.
Sumber – Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.