,
Terkini

Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG

Asyikin Mayudin
23/04/2024
06:55 MYT
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Menenusi tinjauan Gempak ke Instagram milik wanita terbabit, pengikutnya telah bertambah sebanyak 41,000 selepas kisahnya itu tular sejak semalam.
Lebih menarik lagi, apabila wanita asal Singapura itu juga dilihat saling mengikuti antara satu sama lain dengan isteri Aliff iaitu aktres dan penyanyi Bella Astillah di Instagram.
Sebelum ini, ibu kepada Bella mendakwa anaknya itu tidak tahu menahu mengenai kewujudan wanita terbabit termasuk pendedahan yang dilakukannya.
Terdahulu, seorang wanita warganegara Singapura yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan dirinya ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
Menerusi pendedahan di akaun Instagramnya, wanita itu tampil memberi kenyataan bagi menjernihkan keadaan kerana tidak sanggup melihat Aliff Aziz dicerca keseorangan.
Malah, apa yang lebih memeranjatkan wanita itu turut terkejut apabila kekasih gelapnya itu masih berhubung rapat dengan pelakon wanita yang telah ditangkap khalwat bersama Aliff baru-baru ini.
Tidak terhenti disitu, wanita tersebut turut mendakwa individu berinisial ’NRF’ telah menjadi ‘dalang’ untuk membolak-balikkan rumahtangga penyanyi tersebut.
Pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.
Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.
Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.

Berita Trending: 'Kekasih Gelap' Dakwa Kecewa Ditipu, Akui Aliff Aziz Pasang Dua…

Berita Trending: “Dia Menumpang Di Rumah Saya” - Ini Kronologi Hubungan ‘Gelap’ Aliff Aziz…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.