,
Berita

Pengiktirafan Sarjana, PhD Pada Ahli CCIG Dipertikai Penggiat Seni

Elrafaei Sapi
20/08/2018
07:11 MYT
Penggiat seni tempatan terkejut apabila mendapat tahu beberapa ahli sebuah persatuan hiburan didakwa mendapat pengiktirafan peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dari sebuah universiti tempatan.
Dalam satu status yang di kongsi pensyarah sambilan filem dan penyiaran berpengalaman yang juga fasilitator bengkel latihan berkaitan industri kreatif, Zaki Abdul Rahim di Facebook semalam menarik perhatian ramai penggiat seni berkongsi pandangan mereka terhadap isu tersebut.
Pengarah drama terkenal, Murali Abdullah mempersoal bagaimana pihak universiti berkenaan memberi sijil kepada ahli persatuan Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG) yang tidak layak langsung dipanggil cendekiawan.
"VC OUM tak pantau je gejala penipuan industri kreatif ini? Kesihan rosak nama OUM," katanya.
Zaki turut menjawab komen Murali itu dengan menyatakan faktor kredibiliti dan kualiti penganugerahan sijil pada individu tertentu perlu diperhalusi.
"Hanya OUM dan CCIG yang lebih mengetahui atau mungkin lebih memahami setiap langkah yang di ambil. Institusi pengajian tinggi kot. Cuma kita risau kredibiliti dan kualiti penganugerahan sijil pada beberapa individu tertentu yang kita kenal sangat mereka.
"Lebih bimbang lagi jika OUM diberi persepsi salah tentang keperluan dan kemahuan penggiat. Kononnya CCIG lah tonggak utama yang mencorak masa depan industri," katanya.
Zaki menambah, CCIG kena mendaftarkan semua kelompok penggiat seni bukan sahaja artis dan karyawan filem atau TV tetapi pemuzik, penari, pelukis, penulis, kaligrafi, pembuat tenun sampin, pesilat mahupun anggota tarian naga.
Adik kepada pelakon popular, Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari juga berkongsi pengalamannya ketika diberi pengiktirafan CCIG sebagai 'intermediate' meskipun sudah menghasilkan lebih 12 skrip filem manakala 7 daripada filem tersebut mencatat kutipan pecah panggung.
"Jadi dengan automatiknya Kad CCIG saya sebagai penulis skrip telah di iktiraf sebagai INTERMEDIATE.. sejak dari hari keramat tersebut, saya tidak lagi bayar yuran CCIG itu dan mereka sering menelefon, menghantar SMS dan email minta buat pembayaran & hadir mesyuarat," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Facebook - CCIG - Creative Content Industry Guild
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pelakon Utama Boleh 'Demand', Bagaimana Pula Nasib Kru Produksi

gempak
26/10/2018
10:15 MYT
Berita

"Topi Asyik Jatuh, Tersinggung Graduan Lain. Rasa Macam Budak Sekolah Masa Tu" - Fauziah Nawi

gempak
24/09/2018
12:26 MYT
Berita

Filem Ala Kadar, Kajian Tidak Mendalam, Pelekeh Heroism Jadi Punca Filem Patriotik Gagal

gempak
05/09/2018
13:03 MYT
Berita

Cadang FDAM Beri Kenyataan Terhadap Tingkah Laku Ellie Suriaty

gempak
15/08/2018
16:25 MYT
Berita

Jawatan Bukan Setakat Pimpin Persatuan Belia, Bukan Calang-Calang Individu Galas Tanggungjawab Pengerusi FINAS

gempak
01/08/2018
00:25 MYT