,
Laman Utama

Penghantar Makanan Maut Dilanggar Di Lampu Isyarat, Netizen Mengamuk! - “Ingat Jalan Bapak Depa Punya”

Azwa Rahman
24/09/2022
00:13 MYT
Seorang penghantar makanan maut manakala seorang penunggang motosikal parah dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, di sini pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu, polis menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 2.30 petang melibatkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail, dua motosikal dan sebuah Proton Wira.
“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Nissan X-Trail di lorong ketiga hendak membelok ke kanan dan tiba-tiba sebuah lagi Nissan X-Trail yang berada di lorong keempat jalan terus ke hadapan dan berlaku pelanggaran," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Vijaya Rao berkata, akibat pelanggaran itu, kedua-dua Nissan X-Trail telah terbabas lalu merempuh dua motosikal dan sebuah kereta jenis Proton Wira.
"Penghantar makanan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan penunggang sebuah lagi motosikal lelaki berumur 29 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital," katanya.
Kejadian itu tular selepas rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan di laluan bertentangan kenderaan suspek memaparkan dua buah SUV terbabit bergesel lalu bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa.
Vijaya Rao berkata, kedua-dua pemandu SUV yang berusia 20 dan 24 tahun terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu di laman Twitter, kejadian yang meragut nyawa itu mengundang rasa marah wargamaya terhadap dua pemandu kereta tersebut. “Umur baru 20-an dah penyebab orang mati, jenis drive kereta ingat jalan bapak depa punya. Bangsat betul,” komen seorang wargamaya.
“Tiap hari lalu sini. 4 lane, 2 terus 2 belok. Apa punya bebal bawak laju nak jalan terus kat lane belok paling tepi. Nak mampus sendiri-sendiri la bodoh,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ahmad Nawab Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

gempak
24/11/2024
10:45 MYT
Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab dilaporkan meninggal dunia pada petang Ahad.
Hiburan

30 Artis Terima Sumbangan PEKEMA Prihatin, Momen Penuh Emosi, Pilu & Linangan Air Mata

gempak
24/11/2024
09:55 MYT
Suasana di majlis Sumbangan PEKEMA Prihatin bertukar pilu dan bersulam linangan air mata melihat penggiat seni yang pernah menghiburkan orang ramai kini tidak seceria dahulu.
Hiburan

Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

gempak
24/11/2024
08:55 MYT
Sejak kes penceraian, nama pelakon, Idzham Ismail sering mencuri perhatian netizen.
Berita

Tiada Lagi Khemah Biru, Aktiviti Berkelah Kembali Seronok Di Port Dickson

gempak
24/11/2024
08:25 MYT
Ia selepas Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengarahkan semua pengusaha khemah biru di pantai terbabit menghentikan aktiviti perniagaan sewaan khemah mulai 18 November lalu.
Hiburan

Zul Ariffin Tersasul Minta 4 Isteri Ketika Berdoa, Netizen Terhibur - “Satu Pun Belum Ada…”

gempak
24/11/2024
07:55 MYT
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelakon filem Sheriff itu secara berseloroh mahu dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita ketika berdoa.
Unitar