,
Viral

"Pengguna Media Sosial Tak Perlu Minta Lesen" - Saifuddin

Amri Hassan
24/07/2020
06:58 MYT
Pengguna media sosial seperti Youtube, TikTok dan sebagainya boleh menghasilkan video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa Finas.
Kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, kerajaan akan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244).
"Kerajaan Malaysia menegaskan pendirian untuk mendokong prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial.
"Pengguna media sosial bebas menggunakan platform yang sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya, termasuk menghasilkan dan memuatnaik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh Finas.
"Kerajaan akan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] dengan mengambil kira situasi semasa.
"Seperti yang saya umumkan pada 20 Jun 2020, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah memulakan usaha untuk meminda akta-akta di bawah pengawasan Kementerian agar bersesuaian dengan situasi semasa.
"Kerajaan akan memulakan proses meminda akta-akta tersebut dalam masa terdekat," maklumnya menerusi siaran media pada Jumaat.
KERAJAAN MALAYSIA MENDOKONG KEBEBASAN MEDIA DAN MEDIA SOSIAL; AKTA FINAS AKAN DIPINDA
Saya ingin memaklumkan bahawa Kabinet telah bersetuju dan memutuskan perkara-perkara berikut :
1/5 pic.twitter.com/0GKBmQczIS— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) July 24, 2020 Pada Khamis, media melaporkan Saifuddin sebagai berkata, semua penerbit filem termasuk agensi media arus perdana dan media persendirian diwajibkan memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum menerbitkan filem mereka di platform media sosial ataupun saluran tradisi.
Foto: Malaysiakini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”

gempak
14/09/2024
00:55 MYT
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
Viral

Padah Nak Meraih Populariti, Lelaki Ini Maut Digigit Ular Tedung Selepas Letak Dalam Mulut

gempak
09/09/2024
13:55 MYT
Mangsa yang dikenali sebagai Shivraj itu dikhabarkan telah cuba memasukkan ular tedung tersebut di dalam mulutnya.
Hiburan

“Saya Ambil Langkah Berjaga-Jaga”- Andi Bernadee Mahu ‘Sorok’ Kehidupan Peribadi, Kini Lebih Matang Buat Keputusan

gempak
28/08/2024
12:55 MYT
Penyanyi Andi Bernadee memutuskan untuk tidak berkongsi hal peribadinya di media sosial disebabkan pengalaman yang pernah dialaminya.
Hiburan

‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Diperkenalkan Semula Selepas 5 Tahun, Malam Kemuncak FFM33 Akan Bertemakan ‘Emas’

gempak
21/08/2024
03:55 MYT
Selepas 5 Tahun, Akhirnya FINAS Kembalikan ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Di Festival Filem Malaysia Ke-33
Berita

Meta Dipanggil Bertemu PM Hari Ini, Beri Penjelasan Hantaran Palestin Diturunkan Di Media Sosial

gempak
05/08/2024
06:25 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim.