,
Laman Utama

Pengasas Jamu Mak Dara Meninggal Dunia Dalam Tidur, Anak Kongsi Momen Terakhir - "Dia Cakap Nak 'Balik' Sebelum Lembik ..."

Shahrin Zulkifle
05/12/2022
09:30 MYT
Pengasas produk jenama Jamu Mak Dara, Halimah Shuib dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tidur pada usia 78 tahun, kira-kira jam 8.00 malam Ahad.
Berita duka itu disahkan oleh anaknya yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn, Bhd, iaitu SM Gadaffi Syed Ali.
Jelas Gadaffi atau mesra disapa Abib, arwah terdahulu seakan sudah memberi bayangan untuk pergi meninggalkan dunia, namun mahu melihat dia terlebih dahulu hadir mengambil ijazahnya di majlis konvokesyen yang berlangsung pada siang Ahad.
“Dia dah sampai masa sebenarnya, sebelum itu dia dah kata nak ‘balik’. Cumanya dia ada bagi tahu satu hasrat nak tengok saya konvokesyen dulu.
“Pada pagi Ahad saya graduate dan terus buat panggilan video dengan arwah, saya ucap terima kasih kerana lahirkan saya dan akhirnya dapat juga graduate.
“Dia balas, Alhamdulillah bagus anak ibu berjaya. Kemudian lepas waktu Zohor terus dia dah lembik.
“Lebih kurang 8 malam lebih sikit macam tu kejut untuk ajak makan malam dia dah tak sedar, bila periksa jantung dah berhenti,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Sedih dengan berita pemergian ibu tercinta, Abib bagaimanapun bersyukur kerana sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sehabis baik.
“Saya bersyukur dapat jalankan tugas sebagai seorang anak. Saya sempat berterima kasih dan minta maaf pada dia, minta halal segalanya termasuklah susu badan ibu.
“Sekarang ini keadaan saya sudah pasti sedih sebab itu mak saya. Saya antara yang paling rapat denga arwah dan banyak perkara yang kami lalui dan buat bersama.
“Dia pun banyak mengajar saya tentang hidup. Saya sempat bawa dia pergi Umrah dan Haji itu yang buat saya sangat bangga dan bersyukur sebagai seorang anak,” tambahnya.
Difahamkan, jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit, Batu Pahat Johor sekitar jam 9 pagi tadi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Berita

Remaja Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Main Bola Sepak

gempak
09/09/2024
16:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih,Selangor, pada Sabtu.
Hiburan

Pelakon Julian Ortega Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

gempak
03/09/2024
02:25 MYT
Pelakon terkenal kelahiran Sepanyol, Julian Ortega meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika bercuti di Pantai Zahora di Barbate, Sepanyol pada 25 Ogos lalu.
Berita

Kakak Sudirman, Ibu Atai Meninggal Dunia

gempak
30/08/2024
07:55 MYT
Kakak penghibur legenda, Datuk Sudirman, iaitu Datin Rudiah @Rodziah Arshad, 81, meninggal dunia jam 12.08 tengah hari ini.
Berita

Korban Tanah Runtuh Di Phuket Kini 13 Orang, Termasuk Pasangan Warga Rusia

gempak
26/08/2024
01:25 MYT
13 orang termasuk pasangan Rusia maut dalam tanah runtuh beserta banjir lumpur di pulau peranginan Thailand, Phuket, kata pihak berkuasa pada Ahad, selepas menghentikan pencarian orang hilang.