FILEM
Pengarah Guna 100 Orang Pelakon Termasuk Stunt Woman Jayakan Babak Kerasukan – “Ada Yang Menjerit, Menangis…”
Pengarah, Charles Gozali berkongsi pihaknya menggunakan khidmat seramai 100 orang untuk adegan kerasukan dalam filem arahannya, Qodrat 2.
Kongsi Charles, pihaknya menggunakan khidmat pelakon stunt yang dibawa dari Jakarta selain pelakon teater untuk adegan epic tersebut.
“Dan untuk adegan kerasukan massal 100 orang lebih itu, kami mencari warga sekitar yang memang dari pelakon teater dan dari agensi lakonan.
“Tapi kami juga membawa 50 orang lebih dari pasukan stunt Jakarta sebab ketika kerasukan itu mereka ada di ruang yang sangat sempit.
“100 orang kerasukan, ada yang menjerit, menangis dengan segala macam aksi sehingga adegan bersama buruh kilang dipukul,” katanya.
Kongsi Charles lagi, dia membuat formasi dengan meletakkan pelakon stunt wanita di barisan hadapan dan belakang bagi mengelakkan kecederaan.
“Untuk mengelakkan dari berlaku luka atau cedera, kami membawa pasukan stunt woman sekitar 50 orang lebih untuk diletakkan di barisan paling hadapan dan paling belakang untuk dipukul.
“Yang paling selamat adalah di bahagian tengah iaitu mereka yang pelakon local. Jadi mereka dipilih khusus untuk disiapkan agar selamat,” jelasnya.
Berbeza dengan Qodrat (2022) yang masih penuh misteri, filem kedua ini menyajikan kisah yang lebih mendalam dan perlahan-lahan menyingkap latar belakang keluarga Qodrat.
Dengan visi sedemikian, pengarah, Charles bijak memutuskan untuk mengubah sudut pandangan bercerita. Tumpuan kini beralih kepada Azizah, isterinya.
Saksikan Qodrat 2 yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 17 April ini di pawagam seluruh negara.
Must-Watch Video