,
Berita

Pengarah Eksekutif, CEO Aman Palestin Mengaku Tidak Bersalah 52 Pertuduhan Pecah Amanah

Awani
15/02/2024
05:30 MYT
Dua pegawai pengurusan tertinggi Aman Palestin Bhd (Aman Palestin), mengaku tidak bersalah atas 52 pertuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, bersama Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit, Awang Suffian Awang Piut, didakwa melakukan jenayah pecah amanah atas kapasiti mereka sebagai pengarah kepada syarikat Samudra Champa Sdn Bhd yang diberikan amanah atas harta milik Aman Palestin. Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 12 Mac 2018 hingga 3 November tahun lalu di Maybank cawangan Bandar Baru Bangi, Selangor.

Berita Trending: Jadi Duta Anti Keganasan, Bintang Legenda Pukul Penyanyi Iringan Gara-Gara ‘Air Suci’

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan Hakim Datuk Anita Harun menetapkan kadar ikat jamin sebanyak RM1 juta. Mahkamah menetapkan 14 Mac sebagai sebutan semula kes tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hiburan

Pengarah Filem AS, Sarah Friedland Nyatakan Sokongan Kepada Palestin Secara Terbuka Di Festival Filem Venice

gempak
09/09/2024
03:55 MYT
Friedland menyuarakan sokongannya semasa memberi ucapan selepas menerima Anugerah Luigi de Laurentiis untuk filemnya Familiar Touch di Festival Filem Venice.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.