,
Laman Utama

Pengarah Ditemui Mati Di Rumahnya

Awani
24/04/2021
21:57 MYT
Seorang pengarah tempatan ditemui meninggal dunia di kediamannya di Jalan Air Panas, Setapak, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.30 malam, sebelum pasukan polis bergegas tiba ke lokasi kejadian.
Menurutnya, polis terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memecah pintu bilik mangsa yang terkunci dari dalam.
"Ketika ditemukan mangsa sudah meninggal dunia dan perkara itu disahkan oleh pasukan paramedik yang memeriksa mangsa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Sabtu.
Ashari turut memaklumkan, berdasarkan maklumat awal daripada saksi yang juga rakan sekerja mangsa, mendiang memintanya untuk tidak diganggu dan ingin bersendirian di bilik.
"Hasil siasatan pada tubuh badan dan tempat kejadian juga tiada sebarang unsur jenayah ditemui," jelasnya.
Kes itu katanya, diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Beliau memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.
Dua hari sebelum kejadian, pengarah muda berusia 32 tahun itu memuat naik sebuah video berdurasi 5.03 minit dalam Instagramnya.
Dalam rakaman berkapsyen official announcement, mendiang mendedahkan dia berdepan dengan masalah kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang memaksanya berhutang.
Pun begitu, dia menyatakan yang dia berjaya keluar daripada kemelut itu sebelum mendapat tawaran baik pada PKP 2.0.
Namun demikian, katanya, ia tidak begitu mendatangkan 'hasil' dan sejarah berulang lagi.
"Apabila saya mengambil keputusan untuk bergerak secara berdikari, produser tidak banyak memberi kerjasama sehingga saya terpaksa berhutang. Tapi saya tetap berdepan semua masalah itu dan tidak lari, menyembunyikan diri.
Mendiang pernah mengarah lebih 500 program meliputi pelbagai bahasa termasuk Tamil, Melayu, Telugu, Punjabi, Inggeris dan Mandarin.
"Saya ingin mengumumkan secara rasmi bahawa saya akan mengeluarkan sebuah video muzik kepada mereka yang memberi sokongan sepanjang 15 tahun karier saya. Ini merupakan projek terakhir saya sebagai pengarah.
"I'm officially signing off," katanya sebelum mengakhiri video tersebut.
Dalam pada itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam satu kenyataan, menzahirkan takziah kepada keluarga mendiang.
"FINAS dengan rasa sedih dan dukacita ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga pengarah dan penggiat industri filem dan televisyen.
"Semoga dipermudahkan urusan ahli keluarga beliau dan diberi kekuatan menempuh dugaan ini," kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Polis Kesan Individu Pukul OKU Di Dataran Shah Alam

gempak
16/11/2024
05:25 MYT
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Berita

Anak Lapor Polis Selepas Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Beku Sejak 2021

gempak
12/11/2024
11:55 MYT
Menurut sumber, anak lelaki mangsa yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
Berita

Banyak Spekulasi Tidak Benar, Kami Serbu 5 Pagi - Polis Thailand

gempak
09/11/2024
18:55 MYT
Polis Sungai Golok mendakwa banyak spekulasi yang tidak benar berhubung tangkapan enam suspek rakyat Malaysia di sebuah hotel, Sungai Golok, Thailand baru-baru ini.
Berita

Ibu Hantar Anak Degil, Suka Melawan Ke Balai Polis

gempak
08/11/2024
18:55 MYT
Media tempatan melaporkan, Satrio Tomayahu,19, dihantar oleh ibunya Nunlawati Beu,42, ke balai polis Dungingi, Kabubaten Gorontola bagi memberi pengajaran kepada anaknya itu baru-baru ini.
Unitar