HIBURAN
Penganut Kristian, Judika Jadi Model Baju Muslimah
Penyanyi terkenal, Judika diketahui sebagai seorang penganut Kristian. Namun hal yang demikian tidak membuat dirinya tidak menghormati beragam agama yang ada di dunia.
BERITA TRENDING: Konsert The Journey Of Sound Gah, 28,000 Saksi Sejarah Siti Nurhaliza Di Stadium Merdeka
BERITA TRENDING: Dilabel Penyanyi Lelaki Termahal, Judika Dulu Dibayar RM5.80
BERITA TRENDING: Lagu Aku Yang Terluka Milik Judika Diciptakan Pengawal Keselamatan: “Hanya Diemel”
Malah pelantun Aku Yang Tersakiti ini kini menjadi model pakaian muslimah.Ditanya mengenai tindakannya menjadi model pakaian muslimah oleh Maia Estianty, Judika memberitahu dirinya mengamalkan sikap toleransi dan menghormati keberagaman agama dengan cukup tinggi.
Menurut Judika lagi, sewaktu membesar di kampung halamannya di Berastagi, Sumatera Barat, dia selalu mengikuti rakan beragama Islam melakukan aktiviti selawat.
“Dulu sewaktu di kampung saya selalu ikut kawan-kawan beragama Islam melakukan aktiviti selawat. Kalau tiba hari raya, kami akan ucapkan Salam Lebaran dan beraya, makan kuih dan saling menziarah.
“Tapi itu dulu, sekarang saya takut untuk lakukan aktiviti selawat kerana bimbang dituduh melakukan penistaan terhadap agama,” ujar Judika mengenai persetujuan menjadi model pakaian muslimah seperti dilaporkan InsertLive.
Judika juga memberitahu dirinya bebas melakukan aktiviti selawat atau mengikut rakan lain dengan agamanya kerana kediaman yang berada di antara masjid, gereja dan kuil.
“Jadi rumah saya dulu di antara rumah ibadat masjid, gereja dan kuil. Kami bebas lakukan apapun kerana toleransi,” ujarnya.
Must-Watch Video