,
Berita

Pengangkutan Awam Dinilai Baik, Malaysia Berpotensi Jadi Bandar Tak Berorientasikan Kereta

Awani
25/06/2024
12:25 MYT
Malaysia mampu menjadi sebuah bandar yang tidak berorientasikan kereta dan menerapkan konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD).

Pengangkutan Awam Dinilai Baik

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, pengangkutan awam di sekitar lembah Klang dinilai sangat baik dan Malaysia dinilai berpotensi keluar dari konsep bandar yang beorientasikan kereta atau 'çar-centric infrastructure.'
Katanya, antara langkah yang diambil bagi merealisasikan perkara tersebut ialah usaha kerajaan dalam mewujudkan akses yang lebih mudah bagi pengguna pengangkutan awam.
Usaha itu, jelas beliau, sedang giat diatasi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mewujudkan ketersambungan yang lebih baik antara lokasi awal pengguna ke destinasi yang dituju.

"Kalau kita tengok di London umpamanya, Datuk Bandar Sadiq Khan banyak beri penekanan kepada zon pelepasan emisi rendah atau Ultra Low Emission Zone (ULEZ) dan corak pembangunan bandar itu berubah.

"Begitu juga di Seoul, Korea Selatan, banyak jalan raya yang diubah menjadi taman-taman yang membolehkan warga kota berjalan.
"Jadi Malaysia juga boleh berubah, cuma memerlukan satu anjakan besar dengan campur tangan dasar daripada pihak berkuasa.

BERITA TRENDING:Lelaki Maut, Bayi Tujuh Bulan Parah Terlibat Kemalangan Akibat Tayar Pecah

"Sekiranya kesedaran masyarakat juga dapat dipupuk, maka kita dapat mencapai satu perubahan dalam bagaimana kita membangunkan kawasan-kawasan yang ada untuk amalan lestari hijau dilaksanakan," ujarnya.

​BERITA TRENDING:Gara-Gara Kereta Keluar Simpang Secara Melulu, Pelajar UiTM Maut Kemalangan

Tambahnya, dengan kewujudan kawasan-kawasan tersebut juga, ia mampu meminimumkan kesan pulau haba bandar (urban heat island effect) yang mampu menapis pencemaran serta memelihara sumber air.

​BERITA TRENDING:Pesawat Malaysia Airlines Ke Bangkok Terpaksa Berpatah Balik Akibat Kecemasan

Beliau berkata demikian dalam program AWANI Pagi pada Selasa.
Sebelum ini Nik Nazmi berkata, kerajaan mengulangi komitmen terhadap mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dan meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu dalam sistem pembekalan elektrik daripada 25 kepada 70 peratus.

​BERITA TRENDING:Larangan Penggunaan Straw Plastik Bermula 1 Ogos!

Usaha itu disokong dengan memperkenalkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang mewujudkan laluan untuk campuran tenaga, pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dan inisiatif peralihan tenaga.
"Bagi mencapai sasaran berkenaan, Malaysia memerlukan pengimbangan teliti trilema tenaga untuk memastikan tenaga yang lestari, selamat dan mampu milik untuk masa hadapan.
"Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) baru-baru ini bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan yang akan saya pengerusikan.
"Peranan jawatankuasa ini adalah untuk memastikan peralihan Malaysia kepada pembangunan rendah karbon adalah teratur dan menyeluruh," katanya.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.