,
Laman Utama

Penganggur Didenda RM10,000 Mengaku Jual, Kongsi Filem Cetak Rompak

Gempak
08/09/2022
08:30 MYT
Tindakan seorang penganggur menjual dan berkongsi filem cetak rompak menerusi aplikasi Telegram membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Memetik laporan Kosmo, Hakim Diana Md. Razali menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Fairuzaman Ahmad Bolia, 46, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas lelaki itu membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan dibawah Akta Hak Cipta 1987.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga orang anak itu didapati dengan cara dagangan mempamerkan kepada awam lima salinan langgaran karya filem melalui aplikasi Telegram ‘Ahmad Faibers’.
Ia ditunjukkan dalam bentuk bergerak termasuk bunyi bagi lima filem hak milik sebuah syarikat penyiaran tatkala hak cipta wujud dan masih wujud bagi syarikat itu
Kesalahan itu dilakukan OKS di sebuah rumah di Taman Desa Melor di sini, pada pukul 10 malam, 18 Mac 2021.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azmil Aspara yang kemudian memohon hukuman sewajarnya dikenakan terhadap OKS.
Menurut Azmil, perbuatan OKS dalam kes itu merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan sekiranya dibiarkan, boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada pemilik hak cipta itu dan menjejaskan industri perfileman di negara ini.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM10,000 terhadapnya dan memerintahkan hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, Ahmad Fairuzaman membayar denda tersebut.
Sumber - Kosmo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai

gempak
31/08/2024
23:55 MYT
Perbuatan empat orang individu menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia.
Berita

Tiga Kanak-Kanak Ditahan, Serang Rumah Pakai Busur & Anak Panah

gempak
22/08/2024
23:25 MYT
Perbuatan tiga kanak-kanak lelaki yang menyerang sebuah rumah dengan menggunakan  busur dan anak panah mengundang perhatian orang ramai.
Berita

Akibat Tak Diajak Selfie, Lelaki Tergamak Cekik Kekasih

gempak
22/08/2024
21:22 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan kerana mencekik kekasihnya di dalam lif selepas berang dia tidak diajak untuk merakam swafoto bersama-sama.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.