Hiburan
Pengalaman Cinta Lalu Bukan Penghalang Hubungan Hans Isaac & Gabriella
Pengalaman cinta lalu tidak menjadi penghalang bagi aktor dan produser, Datuk Hans Isaac dan tunangnya, Gabriella Robinson menjalin hubungan serius.
Mengetahui kisah cinta lama masing-masing, Hans dan Gabriella menghormati perkara tersebut.
"Hans mempunyai kisah silam, saya juga mempunyai kisah silam. Bagi saya, semuanya baik-baik sahaja.
"Apa yang telah Hans lalui dahulu telah menjadikan dia insan yang saya temui sekarang. Saya menghormati perkara tersebut dan perkara tersebut tidak menjadi penghalang," kata Gabriella kepada Astro Gempak.
Tambah Hans, dia bersikap jujur terhadap Gabriella agar semua yang dilalui selepas ini menjadi lebih mudah.
"Saya bersikap jujur dengan Gabriella, saya memberitahu dan menceritakan kepadanya apa yang terjadi sebelum ini.
"Bagi saya, pasangan kekasih harus bersikap jujur. Semua kisah lama harus ditinggalkan dan kita sebagai pasangan harus menghormati kisah lama masing-masing," kata Hans.
Hans dan Gabriella bakal melangsungkan perkahwinan di St. John Cathedral Church, Kuala Lumpur pada 29 Julai. Majlis resepsi akan diadakan pada malam yang sama di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Hans dan Gabriella telah bertunang pada 29 Januari lalu di Singapura.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Must-Watch Video