,
Laman Utama

Penerbit Drama Cinderella, Mohd Noor Kadir Meninggal Dunia

Gempak
29/07/2022
00:10 MYT
Penerbit dan Pengarah Mohd Noor Kadir, menghembuskan nafas terakhir kira-kita jam 1.57 pagi Jumaat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Difahamkan Allahyarham, 69, meninggal dunia akibat kanser tahap empat.
Berita pemergiannya disahkan oleh sahabat baiknya yang juga produser terkenal, Datuk Yusof Haslam menerusi BH Online.
Menurut Yusof, dia juga terkejut dengan berita pemergian sahabat baiknya.
"Arwah menjalani pembedahan jantung, bulan lalu. Arwah sudah balik rumah, namun, dikejarkan ke HKL semula selepas jantungnya bengkak.
"Jumaat lalu, saya ada melawatnya. Keadaannya agak lemah, tetapi masih boleh melayan saya berbual."Ikutkan, saya mahu melawat arwah hari ini (Jumaat), saya memang tergerak hati nak menjenguknya lagi.
"Namun, Allah lebih menyayangi arwah. Isteri, Datin Patimah Ismail mengejutkan saya sedang tidur selepas mendapat panggilan telefon anak arwah kira-kira jam 2.15 pagi," katanya
Jenazah akan dibawa ke Madrasah Iktisamiah Taman Melati untuk urusan mandi jenazah dan solat jenazah pada jam 8 pagi.
Arwah akan dikebumikan di Raudhatul Sakinah KL-KARAK (Taman Selasih).
Terdahulu, Allahyarham Mohd Noor yang juga merupakan Pengarah Urusan Kuasatek Pictures Sdn Bhd, terkenal dengan pelbagai drama popular seperti Cinta Antara Benua, Cinderella, Romeo & Juliet dan Salam Taj Mahal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.