,
Terkini

"Penerbit Cakap Dia Ada Masalah Slip Disc...." - Syamsul Yusof Dedah Punca Aaron Aziz Digugurkan

Shahrin Zulkifle
23/03/2023
08:00 MYT

Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof tampil memberi penjelasan berhubung punca nama pelakon Aaron Aziz digugurkan daripada filem Original Gangster dibawah arahannya.

Menurut Syamsul, 39, dia enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut, namun selepas Aaron membuat kenyataan kepada umum, dia terpaksa menceritakan hal sebenar.

Kata pengarah filem Munafik itu, dia merupakan individu yang terakhir ingin menggugurkan nama Aaron dan masih ingin memberi peluang kepada aktor berusia 47 tahun itu.

"Sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan nama Aaron kerana penerbit-penerbit saya cakap Aaron tak boleh. Dia dah tua, dia dah gemuk.

"Tapi saya cakap jangan, kita bagi dia masa. Dia boleh kuruskan badan. Selain itu juga, dia kan ada masalah slip disc.

"Penerbit bukan saya seorang. Saya berbincang dengan mereka, kita tangguh penggambaran untuk beri Aaron masa. Tapi Aaron tak dapat tunaikan juga," katanya kepada Gempak.

Syamsul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Wangsa 118, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam masa sama, Syamsul mendedahkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh pelakon filem Ombak Rindu itu turut menjadi faktor utama namanya terpaksa digugurkan.

Malah, Syamsul turut menerima pendapat daripada beberapa pelakon lain yang menyifatkan Aaron tidak mampu beraksi lasak lagi seperti yang sebelum ini.

"Nombor satu kenapa Aaron digugurkan adalah kerana saya takut kalau buat aksi lawan menganggu masalah kesihatannya. Nanti saya juga dipersalahkan.

"Nombor dua, Sharnaaz dan Beto Kusyairy, penerbit saya, team koreografer semua cakap mereka tidak yakin Aaron boleh berlakon dengan kondisi kesihatannya itu.

"Sebelum penggambaran kita ada proses latihan. Semua datang dekat saya cakap Aaron ada masalah waktu latihan," ujarnya.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Syamsul memberitahu dia ada menghubungi Aaron, namun menerima reaksi negatif daripada aktor berkenaan.

Pada 13 Mac lalu, Aaron mengesahkan namanya digugurkan daripada barisan pelakon filem Original Gangster arahan Syamsul.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

Terima Kasih Kerana Doakan Baik-Baik Untuk Saya - Syamsul Yusof

gempak
05/09/2024
04:17 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengikutnya yang mendoakan kebaikan buat dirinya.
Hiburan

Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu

gempak
05/09/2024
03:56 MYT
Anak kepada pelakon, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar sah bercerai talak satu dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.