gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Sekolah Kerajaan Kelantan Mula Pukul 8 Pagi, Bagi Ruang Pelajar Solat Subuh
HIBURAN
Penampilan Terkini Syahrini Di Festival Film Cannes 2025 Jadi Perhatian
HIBURAN
“Adakah Dia Tidak Pernah Melihat Payud*ra Sepanjang Hidupnya?” - Leona Ulas Isu Terima Komen Lucah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
FILEM

Pendakwah Puji Jalan Cerita Qodrat 2 Penuh Pengisian Menginsafkan - “Ramai Orang Tak Sedar Yang…”

gempak
Khairil Khusyairi
19/04/2025
08:50 MYT
Sponsor Banner
Pendakwah Puji Jalan Cerita Qodrat 2 Penuh Pengisian Menginsafkan - “Ramai Orang Tak Sedar Yang…”
Beberapa pendakwah terkenal turut hadir memeriahkan malam gala tayangan filem seram Qodrat 2 yang berlangsung di TGV KLCC, baru-baru ini.
Filem yang sarat dengan mesej keagamaan dan nilai spiritual itu ternyata memberi kesan mendalam kepada mereka selepas menonton.
Pendakwah, Ustaz Hasanal berkongsi pandangan mengenai mesej tersirat dalam filem arahan Charles Gozali itu.
“Moral dia sangat banyak. Sebenarnya ramai orang yang tak sedar apa yang berlaku atas diri sendiri di zaman ini,” ujarnya.
Beliau turut menghargai unsur keagamaan yang dimuatkan dalam filem tersebut, terutamanya bacaan doa dan ayat suci Al-Quran.
“Banyak doa dan ayat suci Al-Quran yang dibacakan dan itulah perkara yang kita perlu amal tapi kita selalu lupa untuk buat,” tambahnya lagi.
Turut berkongsi pandangan ialah Ustaz Rafieudin dan Ustaz Paad yang menyentuh tentang pentingnya mengamalkan ayat suci seperti Ayat Kursi dalam kehidupan seharian.
“Ayat Kursi perlu amal untuk elakkan terkena gangguan. Kita kena ingat tiada kekuasaan yang dapat menandinggi kuasa Allah,” ujar mereka.
Para pendakwah ini juga memuji mutu lakonan hebat para pelakon terutamanya Acha Septriasa dan Vino G. Bastian, yang dianggap berjaya menghidupkan watak dengan penuh berkesan.
Filem Qodrat 2 bukan sekadar filem seram biasa, tetapi menyentuh elemen spiritual yang sangat dekat dengan masyarakat kita.
Untuk info, filem Qodrat 2 terbitan MAGMA Entertainment dan Astro Shaw ini masih mengikuti perjalanan Ustaz Qodrat (Vino G. Bastian) selepas menyelamatkan Alif daripada cengkaman Asuala.
Kali ini, tumpuan beralih kepada usahanya mencari isterinya, Azizah (Acha Septriasa) yang mengalami kemurungan selepas hilang akidah.
Berbeza dengan Qodrat (2022) yang masih penuh misteri, filem kedua ini menyajikan kisah yang lebih mendalam dan perlahan-lahan menyingkap latar belakang keluarga Qodrat.
Dengan visi sedemikian, pengarah, Charles bijak memutuskan untuk mengubah sudut pandangan bercerita. Tumpuan kini beralih kepada Azizah, isterinya.
Saksikan Qodrat 2 yang kini ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Filem
#Pendakwah
#Insaf
#Qodrat 2
#Pengisian
Must-Watch Video