,
Laman Utama

Penat Menipu, Pamer Lamborghini Sampai Berpenampilan ‘Kaya’, Ressa Herlambang Dedah Sudah 12 Tahun Muflis

Maliah Surip
09/02/2023
13:55 MYT
Seorang penyanyi yang lahir dari program Indonesian Idol beberapa tahun lalu, Ressa Herlambang sedang menjadi perbualan dalam kalangan peminat seni tempatan.
Hal ini lantaran, Ressa yang pernah terkenal dengan lagu Menyesal sudah agak lama menyepi dari dunia hiburan.
Namun, tidak ada apa yang aneh terhadap dirinya yang diketahui datang dari keluarga kaya raya. Dia dilihat masih berpenampilan dengan memakai jenama mewah dan memandu kenderaan seperti Porshe serta Lamborghini.
Pendek kata tidak ada yang aneh dalam kehidupannya, Ressa, 36, masih mewah, sama seperti pembabitan awal dalam industri yang menyaksikan dirinya pernah menyewa helikopter untuk pembikina video klip sebuah lagunya.
Ternyata, apa yang dipamerkan di media sosial atau sesiapa yang pernah bertemunya 12 tahun kebelakangan ini telah tertipu. Ressa hanya berpura pura hidup mewah dan kaya, padahal dia kini adalah seorang selebriti yang hidup melarat tanpa harta.
“Mungkin ini lebih lega. Jadi saya tidak perlu berpura pura jadi orang kaya lagi,” dedahnya sewaktu menjadi tetamu dalam YouTube rakan pemuzik seperti dilaporkan media tempatan.
Ressa menyambung, oleh kerana kedua ibu bapanya muflis pada tahun 2010, selain hidup merempat, dia juga terpaksa memakai pakaian berjenama tetapi palsu dan menyewa kereta mewah untuk menggaburi mata umum.
Dia juga mengaku semua yang dipamerkan di Instagram adalah palsu.
“Di media sosial saya selalu tunjuk konon bergambar dengan kereta mewag Lamborgini. Padahal itu kereta orang. Atau ada Porshe, itu juga bukan aku punya.
“Kalau dapat jemputan menyanyi pula, saya akan mencari baju dari jenama mewah, tapi ia bukan asli. Berdandan rapi dan sewa kereta,” akuinya lagi.
Namun kini katanya, selepas ibunya kembali ke Rahmatullah, dia berasa sudah tiba masa untuk keluar menerima realiti kehidupan.
Merahsiakan kisah muflis dan hidup melaratnya daripada pengetahuan umum juga adalah atas permintaan arwah ibunya.
“Jangan sampai darjat kami mati," pesan ibu.
“Tapi setelah saya membongkar semuanya, bukan sebab mahu membuka aib keluarga, saya hanya mahu hidup tenang,” tambahnya lagi.
Justeru kata Ressa, dia tidak peduli jika pengakuannya membuat ramai rakan akan menjauhi dirinya kerana dirinya bukan lagi anak orang kaya seperti sebelum ini. Dia malah langsung tidak mempunyai harta.
“Kalau mahu jadi kawan, ya jadi. Kalau tidak kerana Ressa bukan lagi anak orang kaya, its okay. Dan kalau ada yang menerima keadaan saya sekarang ini, Alhamdulillah, itu yang saya tanam di posisi aku," sambung Ressa positif.
Dalam temubual sama, Ressa mendakwa keluarga jatuh muflis apabila perniagaan ibu dan bapanya mengalami kerugian sehingga RM3 juta dalam masa sehari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.