,
Laman Utama

Penat Kena Body Shaming, Oprah Winfrey Mengaku Ambil Ubat Untuk Kurus

Maliah Surip
18/12/2023
14:34 MYT
Hos tersohor Oprah Winfrey memang dikenali dengan penampilan bertubuh gempal.
Rupa-rupanya fizikal gempal tersebut memberi impak terhadap mentalnya apabila sering menjadi buah mulut masyarakat apabila dilabel tidak cantik dan gemuk sedangkan dirinya seorang selebriti terkenal.
“Saya menjalani 25 tahun dengan orang mempermainkan bentuk tubuh saya.
“Saya kemudian menyalahkan diri sendiri, berasa malu dengan diri sendiri.
“Saya tidak marah apabila dikritik tapi berasa sedih dan malu. Saya akui ia (berat badan) adalah silap saya,” akui Winfrey seperti dilaporkan People.

BERITA TRENDING: Oprah Winfrey Derma RM44 Juta Bantu Ringankan Beban Krisis COVID-19

Oleh demikian, dia berusaha keras menjalani rejim menurunkan berat badan. Winfrey mendedahkan telah menjalani diet ketat dan konsisten melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Wanita berusia 69 tahun tersebut malah pernah menafikan dirinya mengambil ubat kurus namun akhirnya mendedahkan berbuat demikian untuk memastikan badannya kekal langsing.
“Saya makan ubat kurus atas nasihat doktor. Ubat ini diambil selepas saya berjaya menurunkan berat badan melalui diet dan bersenam.
“Saya makan ubat ini untuk memastikan berat tidak turun naik seperti yo-yo. Ia (berat) akan stabil dan tidak naik.
“Saya sudah penat kena body shaming. Ini usaha saya,” dedahnya.
Pernah memiliki berat badan sehingga 107 kilogram, Winfrey berjaya menurunkan 18 kilo dan mengimpikan agar punya berat sekitar 70 kilogram.

PILIHAN PEMBACA: Satu Tweet Tentang Roti, Oprah Winfrey Terima RM50 Juta

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hollywood

Mengaku Diri Bersih, Kekasih Selena Gomez Tidak Mandi Setiap Hari

gempak
20/11/2024
13:50 MYT
Benny Blanco baru dinobatkan sebagai salah seorang Lelaki Terseksi 2024 oleh majalah People.
Unitar