,
Viral

Penari Aliff Syukri Meliuk-Lentok Beri Tempias Negatif, Koreografer Cikgu Hanafi Mohon Jaga Sensitiviti - "Fikir Biar Matang"

Muhammad Firdaus
04/04/2024
12:55 MYT
Isu usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri seakan-akan tidak berakhir apabila koreografer, Hanafi Rosdi turut memberi pandangan berkaitan sedutan video lagu raya yang menjadi bualan hangat baru-baru ini.

Jatuhkan Martabat Penari?

Menurut Hanafi dari perspektif seorang penari, tindakan Aliff Syukri itu disifatkan sebagai menjatuhkan martabat pekerjaan tersebut.
"Isunya adalah video yang dibuat melibatkan ramai penari akan terkena tempiasnya. Setiap tahun dia akan menggunakan penari dalam klip video dia untuk tujuan viral.
"Bila viral pasal penari-penari buat perkara-perkara yang tidak baik, perspektif orang ramai terhadap karier sebagai penari ni pun secara tak langsung jadi negatif, sedangkan ada penari di luar sana yang berusaha mengangkat dan memperjuangkan seni tari," katanya.

Tak Salahkan Aliff Syukri Seratus Peratus

Dalam pada itu, Hanafi juga mengakui kesalahan yang dibuat bukannya hanya daripada pihak Aliff sahaja, sebaliknya penari-penari yang terlibat boleh berfikir tentang implikasi buruk yang diterima berhubung dengan video berkenaan.
"Tapi dalam soal ni sebenarnya, saya tak boleh seratus peratus salahkan Datuk Aliff sebab di klien. Penari ni pun sepatutnya kena sedar kerana tahun lepas dah dikritik teruk atas kejadian yang sama. Penari sepatutnya boleh berfikir sebelum menerima mana-mana tawaran.
"Sebagai penari sepatutnya boleh bagi pendapat yang sesuai kepada klien untuk membantu dia buat sesuatu benda yang lebih baik," kongsinya.

Harap Aliff Syukri Lebih Matang

Sementara itu, Hanafi turut menitipkan kata-kata pesanan buat Aliff Syukri di mana dia berharap usahawan berkenaan berfikiran lebih 'matang' dalam mencipta konten.
"Saya harap dia boleh berfikiran matang dan dia tak boleh fikir tentang dia sahaja. Dia seorang figura awam dan dikenali.
"Saya harap bila dia keluarkan video selepas ini dia tak buat lagi benda macam ni. Sebab dia kena jaga sensitiviti orang ramai kerana banyak generasi yang menonton," ulasnya.
Sekadar info, Hanafi pernah terlibat sebagai koreografer dalam rancangan-rancangan terkenal seperti Gegar Vaganza dan The Masked Singer Malaysia.
Terdahulu, perkongsian sedutan lagu raya yang dibuat oleh Aliff Syukri menerusi akaun Instagramnya mengundang kecaman netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Aliff memuat naik satu babak daripada muzik videonya yang menampilkan dia dan beberapa penari mengenakan kostum yang terlalu aneh untuk dikaitkan dengan kedatangan bulan Syawal.
Tidak hanya kostum ketat mengikut bentuk badan, gaya persembahan dia serta penari-penarinya juga menjadi bahan kritikan daripada ramai pihak.

BERITA TRENDING: Cemar Kesucian Ramadan, Fahmi Fadzil Minta SKMM Teliti Video Aliff Syukri!

BERITA TRENDING: Amin Idris Gesa Boikot Lagu Aliff Syukri - “Dah Tiba Masa Kita Ajar Dia”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.