,
Laman Utama

Penampilan Terkini Jadi Perhatian, Reunion *NSYNC Di VMA Memang Legend

Maliah Surip
13/09/2023
15:42 MYT
Anugerah berprestij MTV Video Music Awards (VMA) 2023 melabuhkan tirai dengan Taylor Swift terus mengungguli beberapa pencalonan tertinggi termasuk kategori Video Music Awards.
Namun di sebalik rekod yang dicipta penyanyi tersebut, VMA 2023 menjadi pentas anugerah yang diingati kerana ‘mengembalikan’ boyband terkenal tahun 90-an, *NSYNC.
Kemunculan kesemua anggota *NSYNC iaitu Justin, JC, Joey, Lance dan Chris di VMA 2023 adalah yang pertama kali selepas 10 tahun.
Ironi, mereka kali terakhir membuat persembahan sebagai sebuah kumpulan di pentas yang sama iaitu Video Music Awards pada tahun 2013.
*NSYNC menjadi penyampai anugerah bagi kategori Best Pop yang dimenangi oleh Taylor Swift.
“Kami hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MTV dan juga anda semua yang sentiasa menyokong kami sebagai pemuzik kegemaran anda,” ujar Joey seperti dilaporkan Billboard.
Swift yang menerima anugerah daripada *NSYNC menyifatkan kumpulan tersebut sebagai satu pesona pop.
“Menerima anugerah ini daripada ‘tangan emas’ kalian adalah keterlaluan,” ucap Swift.
Sementara itu ramai yang teruja melihat penampilan terkini setiap anggota *NSYNC yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu masa dahulu.
Justin Timberlake dilihat masih memiliki pesona dan kacak seperti zaman remaja meski berusia 42 tahun sementara Chris yang kini sudah mencecah 51 tahun nampak berisi.
Kumpulan yang telah menerima Hollywood Walk of Fame pada 2018 ini pernah menjadi fenomena peminat muzik dunia saat diperkenalkan pada pertengahan 90-an.
Bye Bye Bye, It’s Gonna Be Me, Girlfriend dan I Want You Back adalah antara lagu yang pernah dipopularkan kumpalan tersebut. *NSYNC bagaimanapun tidak pernah merakamkan album sejak tahun 2001.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.