,
Laman Utama

Pemuda Tinggal Dalam Kereta Tak Sabar Nak Bebas Hutang RM1.2 Juta - “Alhamdulillah Terima Kasih Rakyat Malaysia”

Mya Amri
22/10/2023
08:50 MYT
Pemuda tular yang tinggal dalam kereta Proton Wira, Ariff Peter tidak sabar untuk melunaskan hutang yang ditanggungnya secepat mungkin.
Ariff menerusi akaun TikTok miliknya memaklumkan selepas dua tahun berusaha akhirnya hutang berjumlah RM1.2 juta itu bakal dilangsaikan dalam tempoh minggu hadapan.
“Alhamdulillah dengan doa rakyat-rakyat Malaysia, minggu depan hutang RM1.2 juta saya dapat diselesaikan di bawah tempoh dua tahun,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ariff juga turut menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu serta memberikan semangat kepadanya.
“Terima kasih rakyat-rakyat Malaysia yang mendoakan dan gunakan servis-servis saya selama ini untuk bayar hutang RM 1.2 Juta.
“Alhamdulillah, Allah bukakan banyak jalan rezeki kepada saya daripada arah yang tak disangka-sangka.
“Dulu tinggal dalam kereta, Allah gantikan dengan rumah yang elok. Dulu struggle nak makan, sekarang Allah bagi banyak pilihan nak makan.
“Dulu struggle nak bayar hutang, sekarang dah selesai. Alhamdulillah, what a great journey for me. Allah Maha Besar,” kongsinya.
@ariffpeter
Terima kasih rakyat-rakyat Malaysia yang mendoakan dan gunakan servis-servis saya selama ini untuk bayar hutang RM 1.2 Juta. . Alhamdulillah, Allah bukakan banyak jalan rezeki kepada saya daripada arah yang tak disangka-sangka. . Dulu tinggal dalam kereta, Allah gantikan dengan rumah yang elok. Dulu struggle nak makan, sekarang Allah bagi banyak pilihan nak makan. Dulu struggle nak bayar hutang, sekarang dah selesai. . Alhamdulillah, what a great journey for me. Allah Maha Besar ❤️♬ Tanpa Rasa Bersalah - Fabio Asher
Sementara itu, perkongsian Ariff mengenai usaha kerasnya untuk membayar hutang ternyata memberikan inspirasi buat netizen.
Terdahulu, Ariff menjadi tular sebelum ini gara-gara terpaksa tinggal dalam Proton Wira miliknya selepas menjual semua aset perniagaan, rumah dan kereta lebih setahun lalu.
Perkara itu dilakukan demi membayar hutang lebih RM1 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang digital.
Bagaimanapun bulan lalu, hutangnya berbaki RM100,000, namun dia giat melakukan pelbagai kerja sampingan yang dikongsikan di TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Dekat Set Main TikTok, Sampai Tak Hafal Dialog” - Lana Nodin Rimas, Beri Teguran Pada Pelakon BBNU

gempak
18/11/2024
05:55 MYT
Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pelakon yang digelar Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) di set penggambaran.
Hiburan

“Bestnya! Macam Pakcik-Pakcik Chinese Ajak Menyembang” - Netizen Seronok Dengar, Kagum Nubhan Fasih Berbahasa Cina

gempak
13/11/2024
12:55 MYT
Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Nubhan Ahmad mendapat perhatian netizen selepas bertutur dalam bahasa cina.
Hiburan

Aura Ina Naim Menyerlah, 22,000 Tonton Pasangan Pengantin Baharu

gempak
13/11/2024
06:25 MYT
Aura pengantin baharu, Ina Naim semakin menyerlah apabila buat pertama kalinya melakukan penstriman langsung bersama suami sehinggakan mencapai lebih 22,900 tontonan semasa.
Hiburan

Kilauan Emas 2024: “Benda Berkaitan Hutang Jangan Dibiarkan Tergantung” - Gee Mahu Selesaikan Hutang, Nak Tenang Buat Umrah

gempak
05/11/2024
02:50 MYT
Juara Kilauan Emas 2024, Gie Hamid, 48, merancang menggunakan wang RM30,000 hasil kemenangannya untuk melangsaikan hutang.
Viral

“Sengaja Atau Tidak Sengaja, Suami Wajib Bayar Hutang Nafkah Tertunggak” - Ustaz Azhar Idrus

gempak
10/10/2024
07:25 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hukum suami berhutang nafkah dengan isteri.
Unitar