Viral
Pempengaruh Mewah Jadi Wanita Simpanan, Ada 300 Kereta & 60 Pembantu
Seorang pempengaruh daripada Hong Kong, Rachel Zhong atau lebih dikenali sebagai Ng Sok secara terbuka mengaku menjadi wanita simpanan seorang figura kaya.
Wanita yang berusia 33 tahun itu menjadi wanita simpanan Pengerusi Tai Sang Bank, Patrick Ma Ching Hang yang berusia 66 tahun.
Ng Sok membuat pengakuan menjadi wanita simpanan Hang selepas foto mereka bercium mesra di sebuah restoran dirakamkan paparazi, lapor 8days.sg.
Menerusi laporan sama, Ng Sok mendakwa membesar dalam keadaan susah sebelum membuat keputusan hanya ingin menjalin hubungan cinta dengan lelaki kaya.
Impiannya tercapai apabila dia berkahwin dengan lelaki dalam kalangan keluarga berada pada usia 18 tahun. Perkahwinan mereka bagaimanapun tidak berkekalan sebelum keluarga mentua mengambil anaknya.
Wanita ini kemudian bertemu Ma dalam sebuah majlis dan mula keluar bersama.
Sudah menjalin hubungan selama sembilan tahun tanpa berkahwin, mereka mempunyai empat orang anak bersama.
Sejak menjadi wanita simpanan Ma, Ng Sok mendakwa memiliki lebih 300 buah kenderaan, 60 orang pembantu, 60 anjing dan sering bercuti menaiki helikopter.
Dia juga pernah menghabiskan RM1.15 juta untuk sekali perbelanjaan di Eropah.
Ma dilaporkan pernah menghadiahkan hartanah bernilai RM52 juta.
Menurut Ng Sok, perkahwinan tidak penting dalam hidupnya.
“Duit lagi penting dalam hidup daripada perkahwinan,” katanya seperti dilaporkan portal sama.
Must-Watch Video