VIRAL
Pempengaruh Maut Lepas Buang Lemak, ‘Buat Hidung’ Percuma Semasa Berbulan Madu
Seorang model dan pempengaruh maut selepas menerima pelawaan mempromosi perkhidmatan pembedahan plastik di sebuah hospital di Istanbul, Turki, baru-baru ini.
Ana Barbaea Buhe Buldrini dipercayai datang ke Istanbul dari Brazil bersama suaminya, Elgar Sueia untuk berbulan madu.
Dia kemudian tertarik dengan tawaran melakukan beberapa proses pembedahan plastik secara percuma dan ‘dibayar’ menerusi perkongsian di media sosial oleh Hospital Tusa. Mangsa antaranya berhasrat melakukan prosuder liposuction atau membuang lemak, memancungkan hidung serta membesarkan payu dara untuk tujuan kecantikan.
Namun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila dia dipercayai maut beberapa jam selepas melakukan prosuder tersebut, lapor Daily Mail.
Menurut kronologi kes, Ana dan suaminya sempat menghadiri pesta bersama doktor yang menawarkan servis percuma itu pada malam sebelum insiden berlaku.
Suaminya mendakwa Ana tidak bersedia untuk menjalani prosuder tersebut pada keesokkan hari namun dipaksa dan diberi jaminan oleh doktor tersebut bahawa semuanya akan berjalan lancar.
“Kami hadir ke hospital hanya untuk melihat keadaan namun diyakinkan bahawa pembedahan yang akan dilakukan pasti selamat. Isteri saya akhirnya bersetuju,” cerita Sueia.
Pada malam selepas isterinya menjalani pembedahan, dia telah dimaklumkan wanita itu tidak sedarkan diri namun berada dalam keadaan stabil.
“Saya datang ke klinik keesokan hari dan melihat keadaan sangat kelam kabut. Ada yang menangis, ada yang panik. Isteri saya sudah tidak bernyawa,” katanya.
Doktor yang menjalankan pembedahan sempat ditahan namun dibebaskan. Pihak hospital menafikan dakwaan yang dilemparkan terhadap kecuaian dan kematian Ana.
Must-Watch Video